Friday, October 10, 2014

KEM BAKAT SUKAN TERJUN SIRI 1/2014

Tarikh : 25 - 29 Ogos 2014

Tempat : Dry Gym MSNPK dan Kolam Terjun Majlis Bandaraya Ipoh

Kehadiran : 5 orang

Laporan :

Seramai 5 orang atlet (3 Lelaki dan 2 Wanita) dan 1 jurulatih terpiluh menyertai Kem Bakat Sukan Terjun Siri 1/2014 pada 25 - 29 Ogos 2014 bertempat di Dry Gym MSNPK dan Kolam Terjun Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Kem ini gabungan atlet dari Kumpulan A dan B dari setiap negeri telah memberi peluang bagi semua JPM, JLN dan JSM untuk berlatih bersama disamping dapat berkongsi pengalaman serta mempelajari sesuatu yang baru.

Kem kali ini ditambah dengan sesi Ujian Kecergasan yang dibantu oleh Institut Sukan Negara (ISN).  Sesi latihan di Dty Gym MSNPK dan Kolam Terjun Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.  Jurulatih telah menggunakan masa yang ada sepenuhnya dengan menjalankan latihan.

Diharap kem kali ini dapat memanfaatkan oleh jurulatih dan atlet sepenuhnya.  Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa kem dijalankan terutamanya Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia memberi peluang untuk menjadi tuan rumah sepanjang kem tersebut.


Laporan disediakan oleh :

CHING LAI YEE
PPN SUKAN TERJUN

No comments:

Post a Comment