Monday, October 27, 2014

HARI KEEMPAT KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 1/2014

Sesi Hari Keempat
26 Oktober 2014 (Ahad)

Program pada hari keempat dijalankan mengikut program bagi atlet lelaki (MAG), latihan asas mengikut apparatus manakala atlet wanita (WAG) mengikut program " Warm Up and Strength Conditioning" dan " Level 1 Revision". Tiga orang atlet dari Pulau Pinang, Pahang dan Selangor telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata dan demam.

Seterusnya program pada sesi petang dijalankan program latihan bagi atlet lelaki (MAG), bagi program atlet wanita (WAG) pula dijalankan program latihan "Level 2 Apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Vault and Uneven Bar".

Program bebas bagi jurulatih dan atlet pada sesi malam ini agar atlet-atlet mendapat rehat yang secukupnya untuk menyambung menjalani latihan ujian pada hari berikutnya.

Sesi hari kelima akan bersambung pada 27 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.
 
Sekian.

No comments:

Post a Comment