Tuesday, November 29, 2016

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN BERBASIKAL 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh : 19 November 2016

Tempat : SMK Ulu Kinta,Ipoh

Penglibatan :

1. USPTN Perak
2. USS MSN Perak
3. Jurulatih


Laporan :-

Pada 23 November 2016, USPTN Perak bersama-sama Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat untuk Sukan Berbasikal di SMK Ulu Kinta,Ipoh.Tujuan program ini diadakan adalah bagi menjalankan Ujian "Spesifik" Sukan Berbasikal kepada 33 orang pelajar yang telah terpilih pada Sesi Ujian ''General'' yang telah dijalankan pada bulan April 2016.Sebanyak 27 orang pelajar telah menghadirkan diri.Terdapat 7 ujian yang dijalankan,iaitu :-

1. Body Weight
2. Height
3. Sit & Reach
4. Vertical Jump
5. Standing Jump
6. Agility
7. Bleep Test

Selepas ujian dijalankan, dirumuskan bahawa pelajar yang menjalani ujian pada kali ini mempunyai kecergasan yang baik dan semoga dapat dikekalkan dan ditambahbaik apabila terpilih untuk masuk ke Pogram Pelapis Sukan Berbasikal Negeri Perak.



laporan oleh :

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SUKAN BERBASIKAL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK


PEMANTAUAN KEJOHANAN WUSHU TERTUTUP NEGERI PERAK 2016

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



 

LAPORAN :


Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Perak 2016 telah dianjurkan pada 27 November 2016 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri PerakKejohanan ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 87 orang peserta telah menyertai pertandingan pada kali ini.Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh pertubuhan serta daerah di Negeri Perak.Kejohanan ini mempertandingkan 11 acara iaitu :-

  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
  11.  SHANSHOY

Kejohanan ini bertujuan sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis serta mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan.Acara Shanshoy telah diperkenalkan pada kejohanan ini untuk melihat dari segi kesesuaian dan kelebihan untuk dicadangkan sebagai acara tambahan di SUKMA Perak 2018 nanti.




laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Thursday, November 24, 2016

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN - UJIAN KECERGASAN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW


TARIKH : 24 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SEKOLAH,  SMK DATO' HAJI HUSSIN, SELAMA


KEHADIRAN 
1. En. Ku Jaisman Bin Ku Ismail (JSM)
2. Atlet : 23 orang

LATIHAN
1. Latihan akan diadakan pada petang nanti.
  
UJIAN
Ujian Kecergasan Bil 2/2016

PERTANDINGAN
Pasukan Sepaktakraw akan menyertai Karnival Bakat Siri 3/2016 pada 30 - 3 Dis 2016 di Melaka. Seramai 8 orang pelatih dari PLN Selama dan 4 orang pelatih dari PLD Kampar akan terlibat dalam pertandingan ini.

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
 Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran kurang memuaskan kerana bersekolah pada sesi pagi.
2. Tiada laporan masalah disiplin dikalangan pelatih. Jurulatih berpuashati dengan komitment pelatih dalam latihan. 
3. Mendapat bantuan dan komitmen yang baik dari pihak sekolah
4. Ujian dijalankan oleh Unit sains Sukan Negeri Perak

Terima kasih.

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK



PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN SQUASY


TARIKH : 24 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : GELANGGANG SQUASH KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 
1. Pannerchelvam a/l Kannan (JSM)
2. Atlet : 9 Lelaki, 2 Wanita - 13 orang

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini:-
     - Running Court
     - Short Sprint
     - Drill Backhand Drive
     - Drill courtrun 5 set

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Pasukan Squash akan menyertai Pertandingan Redtone  10th KL Junior Open Squash Championship 2016 pada 6 - 11 Disember 2016 di Kuala Lumpur

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Peralatan seperti raket disediakan oleh pelatih sendiri. 

PROGRAM BINAAN
Pihak persatuan telah merancang dan mengadakan 39th Perak Close Squash Championship 2016 pada 17 - 20 November 2016 di Gelanggang Squash MBI. Seramai 81 orang telah menyertai pertandingan tersebut.

ULASAN
1. Kehadiran pada hari ini kurang memuaskan.
2. Jurulatih memohona supaya dapat menyediakan pengangkutan dari MSN untuk kekejohanan Redtone nanti.
3. Latihan pada hari ini lebih kepada kecergasan.
4. Game diadakan bersama pelatih


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK


PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENIS


TARIKH : 23 NOVEMBER 2016 (RABU)
MASA : 5.30 PTG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 
1. En. Anthony Lourders (JSM)
2. En. Jeff Leong (JSM)
3. Atlet : Lelaki - 9 orang, Wanita - 4 orang (13 orang)

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Tactical & foot work drillt
    - Agility (Drill)
    - Baseline Rally

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan mengikut programl yang telah dijadualkan.
2. Terdapat penambahan pelatih seramai 4 orang. Tetapi masih dalam pemilihan.
3. Jurulatih memaklumkan, mutu permainan beberapa orang pemain telah meningkat kerana pemain tersebut telah memenangi beberapa kejohanan sebelum ini.
4. Jurulatih memaklumakan seramai 5 orang pemain akan menyertai Selangor Genting International Junior 2016 pada 28 - 29 November 2016 di Selangor



NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

Monday, November 21, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TINJU

Tarikh : 21 November 2016

Masa :  9.00 pagi

Tempat : SMK Jati

Kehadiran : 17 atlet

Latihan : 1) Warm Up
              2) Skill dan Teknik
              3) Cooling down
            


Ujian : Tiada


Pertandingan : Tiada


Kecederaan : Tiada


Program Binaan : Latihan bersama Pasukan Tinju Selangor pada 24-27 November 2016 di Sabak Bernam,


Ulasan : 1) Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
             2) Kehadiran atlet amat memuaskan.
             


Laporan disediakan oleh 



CHING LAI YEE
PPN SUKAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PROGRAM KLINIK SUKAN PELAYARAN

Untuk makluman, USPTN Perak telah menjalankan Klinik Sukan Pelayaran yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 20 November 2016

Masa : 9.00pg - 6.00 ptg

Tempat : Bot House, Pangkalan TLDM, Lumut

Kehadiran : 36 atlet


Tujuan Program Klinik Sukan Pelayaran diadakan untuk mempromosikan Sukan Pelayaran kepada pelajar-pelajar yang berumur di antara 12 - 15 tahun dan berminat untuk menceburi Sukan Pelayaran.  Program Klinik ini dikendalikan oleh jurulatih dibawah USPTN dan Majlis Sukan Negeri Perak.  Sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijalankan Program Klinik tersebut adalah seperti berikut:-

1) SMK Pangkalan TLDM, Lumut
2) SMK Dindings, Lumut
3) SMK Ahmad Boustamam, Lumut
4) SK Pangkalan TLDM, Lumut
5) SK Pangkalan TLDM II, Lumut
6) SK Dato' Ishak, Lumut

Pihak USPTN Perak mengucapkan ribuan terima masih kepada sekolah-sekolah, guru-guru yang terlibat dan sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjayakan Program Klinik Sukan Pelayaran.


Laporan disediakan oleh :-


CHING LAI YEE
PPN SUKAN PELAYARAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK.

PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL SIRI2/2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



TARIKH   :  19 NOVEMBER 2016 ( SABTU )

MASA      :  9.00 PAGI

TEMPAT  :  DEWAN MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK


 

LAPORAN :-


Satu sesi ujian kecergasan telah diadakan untuk atlet Pelapis Sukan Berbasikal Negeri Perak.Kehadiran ke sesi kedua ujian kecergasan ini adalah seramai 30 orang atlet pelatih iaitu 25 lelaki dan 5 wanita.Terdapat 3 orang atlet hasil daripada "talent scouting" turut serta dalam ujian ini.Ujian tersebut dijalankan oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti butiran berikut  :-

 

1. Body Weight

2. Height

3. Sit & Reach

4. Push Up

5. Agility

6. Bleep Test

 

Selepas ujian dijalankan, dirumuskan bahawa atlet-atlet Pelapis Berbasikal Perak mempunyai kecergasan yang baik dan semoga dapat dikekalkan dan ditambahbaik.

 

 



laporan oleh :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Friday, November 18, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK GIMRAMA

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Tarikh : 17 November 2016 ( Khamis )


Masa : 7.30 malam


Tempat : Dry Gym, MSN Perak


Kehadiran : 1.Michele Lee Hooi Bein (JSM)

                  2. Ekaterina Logunovo (JLN)


Latihan : Latihan pada hari ini membetulkan rutin individu gimnas yang baru dan latihan persediaan bagi menghadapi kejohanan.


Ujian : tiada


Pertandingan :-


1.Karnival Bakat Pelapis (Akhir) pada 30 November hingga 3 Disember 2016.

2.Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2016 pada 23 - 27 Nov 2016


Kecederaan : Tiada kecederaan pada atlet gimrama.


Peralatan : Tiada masalah peralatan


Program Binaan : Dalam perancangan mengadakan klinik sukan.


 

Laporan :


Latihan atlet gimrama berjalan lancar bagi persediaan ke kejohanan dan atlet memberi komitmen yang baik semasa latihan dijalankan dan ini memudahkan jurulatih untuk melatih atlet dan tiada masalah disiplin yang timbul.Perbincangan berkaitan persediaan ke kejohanan telah diadakan bersama-sama jurulatih.Telah dicadangkan kepada persatuan untuk mengadakan klinik sukan pada bulan Disember 2016.





Laporan disediakan:


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN GIMNASTIK GIMRAMA

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Thursday, November 17, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BERBASIKAL

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh       : 15 November 2016 (Selasa)

Masa        : 4.30 Petang

Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak

Kehadiran  : 12 orang atlet

Jurulatih    : 1) Hishamuddin Bin Mohd Zaki

 


Laporan:-

 

LATIHAN

1) Streching (15 Min)

2) Kayuhan 70km dari Ipoh ke Jalong,Sg.Siput

 

PERTANDINGAN

- Tiada


KECEDERAAN

- Tiada

 

PERALATAN

- Kerosakan sebuah basikal akibat dari seorang atlet terjatuh ketika Kejohanan JCM Terengganu.

 

PROGRAM BINAAN

- Dalam perancangan mengadakan latihan bersama Pasukan Berbasikal TLDM.

- Akan dijalankan program TID di SMK Ulu Kinta pada bulan November 2016.


ULASAN :


Latihan bermula di Majlis Sukan Negri Perak dengan melakukan "streching" selama 15minit dan seterusnya kayuhan sejauh 70km bermula dari Majlis Sukan Negeri Perak ke Jalong. Kebanyakan atlet yang hadir pada sesi petang adalah atlet baru didaftarkan dalam program untuk Tahun 2016 hasil daripada program TID yang dijalankan pada bulan februari yang lalu.Latihan berjalan lancar dan atlet menunjukkan kesungguhan yang baik dalam latihan.





Laporan disediakan oleh :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Wednesday, November 16, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN WUSHU

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia



Tarikh  : 14 November 2016 ( Isnin )


Masa  : 6.30 Petang


Tempat  : Dewan Majlis Sukan Negeri Perak,Ipoh.



Kehadiran  : Seorang Jurulatih (JSM) dan 9 orang atlet


Latihan  : Latihan secara berpasukan dan individu berjalan lancar.Latihan memfokuskan keseimbangan pergerakan serta teknik penggunaan senjata.


Pertandingan  : Kejohanan Wushu KPM-WFM 2016 pada 18-20 November 2016 di Pulau Pinang


Program Binaan : Akan diadakan Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Perak pada 27 November 2016.



Ulasan  : 


Latihan yang dijalankan adalah berjalan lancar dan baik,kehadiran adalah sedikit berkurangan kerana atlet terlibat dengan peperiksaaan di peringkat sekolah.Latihan memfokuskan bagi persediaan menghadapi kejohanan.




Laporan disediakan oleh :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Tuesday, November 15, 2016

Fwd: PEMANTAUAN PUSAT DAN LATIHAN SUKAN SQUASH

TARIKH : 14 NOV 2016
MASA : 8.00 PG
TEMPAT : GELANGGANG SQUASY, KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH
KEHADIRAN
1. Pannerchelvam a/l Kannan (JSM)
2. Atlet : 4 orang (3 Lelaki 1 Wanita)
LATIHAN
1. Latihan pada hari ini:-
    - Warming Up
    - Fitness
    - Short Sprint
    - Volley & Lop
    - Match Play
UJIAN
 Tiada
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
 Tiada
PERALATAN
1. Peralatan seperti raket disediakan oleh pelatih sendiri. 
PROGRAM BINAAN
Pihak Persatuan akan mengadakan Kejohanan Dalaman pada 19 Nov 2016 di Kompleks Sukan
ULASAN
1. Kehadiran pada hari ini kurang memuaskan
2. Hanya latihan ringan diadakan pada hari ini. Jurulatih menjalankan latihan kecergasan pada pelatih.
3. Satu gelanggang rosak (pintu kaca pecah) telah dibaiki oleh pihak MBI


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

Monday, November 14, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 13 November  2016


Masa : 2.30 petang

Tempat : Bot House Pangkalan TLDM, Lumut

Kehadiran : 14 atlet


Latihan : 1) Warm Up
              2) Practice tacking and gybing
                

Ujian : Tiada


Pertandingan : Tiada


Kecederaan : Tiada


Program Binaan : Tiada


Ulasan : 1) Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
             2) Kehadiran atlet memuaskan dan atlet menjalani latihan yang baik.
             3) PPN berbincangan dengan jurulatih untuk mengadakan Klinik Sukan Pelayaran pada 
                 20 November 2016 di Bot House Pangkalan TLDM, Lumut.
            

Laporan disediakan oleh :


CHING LAI YEE
PPN SUKAN PELAYARAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK.