Sesi Hari Ketiga
25 Oktober 2014 (Sabtu)
Sesi pagi hari ketiga dijalankan program latihan asas mengikut appatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet wanita (WAG) menjalankan program latihan tarian dan "Asas Balance Beam" dalam masa yang sama juga seramai 5 orang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana demam dan mengalami kecederaan semasa latihan (3 atlet demam dan 2 atlet cedera). Walaubagaimanapun, setelah menerima rawatan atlet-atlet tersebut telah beransur pulih. Daripada 5 orang atlet yang dibawa ke klinik, 2 atlet dari Negeri Perak turut terlibat iaitu adik Alif Farhan (cedera kaki) dan adik Izwan Hakim (demam).
Program latihan pada sesi petang pula dimulakan dengan latihan asas mengikut appatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet wanita (WAG) menjalankan program latihan level 1 bagi apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Uneven Bar dan Vault. Setelah selesai latihan mengikut program latihan, jurulatih menjalankan permainan berkaitan apparatus untuk memberi keseronokan kepada atlet-atlet tersebut.
Seterusnya bagi sesi malam bersambung, program "Team Building" bagi atlet dijalankan. Program ini dikendalikan oleh fasilitator yang dijemput khas untuk menjalankan program tersebut. Pada sesi malam juga, seorang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata menjadikan jumlah keseluruhan atlet yang dibawa ke klinik seramai 6 orang atlet.
Sesi hari keempat akan bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment