Tarikh : 7 hingga 12 Oktober 2014
Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tgh Hari dan 2.30 Ptg - 6.30 Ptg
Jumlah Peserta : 120 Orang
Laporan : -
PERSATUAN Lawn Tenis Perak (PLTP) sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenis Junior Dunia ITF Gred 4 berlangsung di Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 7 hingga 12 Oktober 2014.120 pemain telah mendaftar untuk menyertai kejohanan dalam usaha mengutip mata bagi memperbaiki ranking masing-masing.Peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai negara antaranya Jepun, Australia, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Rusia, China, Singapura dan Taiwan.kejohanan ini mempertandingkan acara perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan bergu wanita.Pemain utama remaja negara, Ahmad Deedat Abdul Razak mengetuai cabaran 13 pemain negara dalam acara perseorangan.Berdasarkan kedudukan semasa, Deedat yang menduduki ranking 607 adalah pilihan keeempat kejohanan di belakang Sahil Deshmukh dari India, Nuradim Ramdani (Indonesia) dan Gregor Schoefberger (Austria).48 pemain telah menyertai acara perseorangan lelaki manakala 32 perseorangan perempuan. Acara beregu lelaki pula seramai 24 orang dan bergu wanita 16 orang.
Laporan disediakan oleh :
MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
SUKAN TENIS,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
No comments:
Post a Comment