Monday, May 30, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN BERBASIKAL PERAK CENTURY RIDE 2016

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kejohanan Berbasikal Perak Century Ride (PCR) 2016 telah berlangsung pada 29 Mei 2016 dan berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 pelumba termasuk pelumba dari Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.Perlumbaan edisi kedua kali ini adalah sejauh 160 kilometer anjuran Kelab Berbasikal Levelo Cycling Club.

PCR kali ini juga sudah menerima penyertaan pelumba dari negara-negara Asia Tenggara terutama dari Singapura, Thailand dan Filipina juga disertai oleh pelumba dari Eropah iaitu dari Jerman dan Switzerland serta rantau Asia seperti Bahrain dan Iran.PCR 2016 masih mengekalkan laluan yang sama seperti edisi tahun lalu yang bermula dari Meru Raya dan melalui empat daerah lain iaitu Daerah Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kinta Barat.

PCR kali ini lebih menguji ketahanan fizikal dan mental pelumba terutama ketika menempuh laluan pendakian di Bukit Senggang di Kuala Kangsar selepas laluan mendatar dari Meru Raya sehingga ke Sungai Siput.Istimewanya PCR kali ini adalah perebutan gelaran 'Raja Bukit' untuk pelumba pertama yang melepasi cabaran di laluan berbukit menerusi check point.Selepas pendakian di Bukit Senggang, para pelumba bakal memasuki pekan Parit, lebuh raya Ipoh-Lumut seterusnya menamatkan perlumbaan di Meru Raya.Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka, Junior dan Senior Veteran dan Kategori Junior.Penganjuran PCR 2016 turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Perak, Silveryouth, Institut Darul Ridzuan (IDR), Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) dan PCR Management.Terdapat juga pameran dan jualan barangan otomotif, basikal, jersi serta produk-produk Le Tour de Langkawi di Hotel Casuarina@Meru di jual pada 28 dan 29 Mei 2016.Bayaran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM130.00 bagi setiap penyertaan.

Keputusan Atlet PLN Negeri Perak

Kategori Junior Open

1.Tempat pertama : Mohammad Helmi Bin Mohamad Ismail Abdullah

2.Tempat kedua : Nor Fahmie Bin Mohamad Ismail Abdullah

3.Tempat kelima : Muhammad Ishraq Bin Mohzani

4.Tempat keenam : Muhammad Hakimi Bin Nor

5.Tempat kesembilan : Ariff Danial Bin Noor Roseidi

6.Tempat kesepuluh : Muhamad Faiq Irfan Bin Ismail

 

Kategori Men Open                            

 

1.Tempat kesembilan : Muhamad Ikhmar Bin Baharudin




Laporan disediakan:

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK


Sunday, May 29, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN WUSHU

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

 

 

Tarikh  : 24 Mei 2016 ( Selasa )


Masa  : 9.00 Malam


Tempat  : Dewan Majlis Sukan Negeri Perak,Ipoh.


Kehadiran  : 2 orang Jurulatih JSM dan 18 orang atlet


Latihan  : Latihan individu berjalan lancar mengikut peringkat umur


Pertandingan  : Dalam proses bagi mengadakan kejohanan peringkat dalaman di Dewan MSN Perak,Ipoh.


Kecederaan  : Tiada


Ulasan  : 


Latihan dijalankan secara bersama antara atlet Pelapis dan atlet SUKMA 2016.Atlet memberi komitmen yang baik semasa latihan.Pihak persatuan dalam perancangan bagi membawa atlet ke Negara China untuk latihan disana tetapi bergantung kepada bajet dan kelulusan Majlis Sukan Negeri Perak.

 

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BERBASIKAL

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh       : 24 Mei 2016

Masa        : 9.00 Pagi

Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak

Kehadiran  : 23 orang atlet

Jurulatih    : 1) Hishamuddin Bin Mohd Zaki

                  2) Mohd Zamzuri Bin Shuaib

 

Laporan:

 

LATIHAN

1) Streching (15 Min)

2) Kayuhan (90 Km)

 

PERTANDINGAN

- Kejohanan Lumba Basikal Perak Century Ride pada 29 Mei 2016,Ipoh Perak

- Kejohanan Lumba Basikal JCM pada 3-4 Jun 2016 di Kota Bharu,Kelantan


KECEDERAAN

-Tiada

 

PERALATAN

-Kekurangan tiub tayar 

 

PROGRAM BINAAN

-Tiada

 


ULASAN


Latihan bermula dari Majlis Sukan Negri Perak sejauh 90 km berjalan lancar dan atlet menunjukkan kesungguhan yang baik dalam latihan.Atlet berlatih bagi persediaan menghadapi kejohanan.Latihan yang dijalankan adalah bersama pasukan SUKMA Negeri Perak.





Laporan disediakan:

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK



Friday, May 27, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) IPOH,PERAK

Assalamualaikum,

Berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh pada 22 Mei 2016, perlumbaan kriterium ini terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 700 peserta dari seluruh negara.Bagi menarik lebih banyak penyertaan peminat sukan berbasikal, 10 kategori baru diperkenalkan pada sirkit kedua ini menjadikan keseluruhan 29 kategori, berbanding 19 kategori dipertandingkan pada sirkit pertama di Serdang.

Berbeza dengan siri pertama, perlumbaan kriterium di Ipoh ini lebih membuka peluang kepada jurulatih-jurulatih negeri khususnya dalam mencari pakar pecut.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Musa Bin Dun berterima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memperkenalkan sirkit perlumbaan ini dan memberi sepenuh sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pihak penganjur JCM turut mengadakan Klinik Kejurulatihan di Sekolah Kebangsaan Bandar Parit Buntar, Kerian melibatkan 100 peserta.Klinik ini turut disaksikan oleh Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, Ybhg Datuk Shahrul Yahya.Sesi klinik di kendalikan oleh jurulatih kebangsaan antaranya Graham Seers dan lebih menarik, peserta bertuah ini turut diberi peluang untuk bersama- sama dengan salah seorang pelumba kebangsaan, Loh Sea Keong.

JCM akan diteruskan dengan sirkit ke 3 bakal berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 dan 4 Jun 2016.


Laporan disediakan:

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Monday, May 23, 2016

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN ANGKAT BERAT,MEMANAH DAN BADMINTON 2016

Tarikh : 19 Mei 2016

 

Laporan :-


Pada 19 Mei 2016 USPTN Perak bersama-sama ISN Perak serta dibantu oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat untuk Sukan Angkat Berat,Memanah dan Badminton di Sekolah Kebangsaan Wawasan,Parit Buntar,Perak.Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program ini.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah untuk dijadikan atlet Program Bakat Sukan Angkat Berat,Memanah dan Badminton pada masa akan datang.Sasaran adalah kepada pelajar yang berumur 12 tahun. 


Pada program kali ini,sesi pertama yang dijalankan adalah pengenalan kepada Program Pelapis dan Program Bakat,seterusnya jurulatih akan memperkenalkan sukan dan menunjukkan demonstrasi sukan.Kemudian sesi terakhir adalah Ujian "General Test" yang dijalankan oleh ISN Negeri Perak dan dibantu oleh Unit Sains Sukan Negeri Perak.Pada masa yang sama jurulatih tersebut akan menilai keupayaan serta bakat semulajadi pelajar.ISN dan Jurulatih akan memilih pelajar yang memenuhi kriteria seperti yang diingini dan akan mengambil nama pelajar yang dipilih.  Selepas pemilihan ini,nama-nama yang terpilih akan diadakan sesi TID kedua oleh pihak ISN Perak di Kompleks MSNPk bagi menjalankan ujian spesifik sukan.Keputusan pada ujian kedua ini yang akan menentukan pelajar yang layak menyertai Program Bakat.







MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Wednesday, May 18, 2016

PEMANTAUAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016 (SUKAN TINJU)

Tarikh : 12-15 Mei 2016

Tempat : Pantai Teluk Ketapang

Pada 12-15 Mei 2016 mengadakan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 (Sukan Tinju).  Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 12 Mei 2016 jam 5.30 petang di Bilik Seminar Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pasukan Tinju Perak telah menghantar 5 atlet dan 2 orang jurulatih menyertai karnival ini.  Pasukan Tinju Pelapis Negeri Perak telah memperoleh 1 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa.  Berikut adalah keputusan :-

Acara 63kg
1. Muhammad Hafiz B. Norji - Emas

Acara 54kg
1. Shah Danial B. Sharizan - Gangsa

Tahniah diucapkan kepada atlet dan jurulatih di atas kejayaan dalam karnival kali ini.


Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh :




CHING LAI YEE
PPN SUKAN TINJU NEGERI PERAK

PEMANTAUAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016 (SUKAN OLAHRAGA)


Tarikh : 12-15 Mei 2016

Tempat : Trek Latihan Olahraga MSN, Gong Badak, Kuala Nerus

Pada 12-15 Mei 2016 mengadakan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 (Sukan Olahraga). Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 12 Mei 2016 jam 6.00 petang di Bilik Mesyuarat Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu.

Pasukan Olahraga Perak telah menghantar 20 orang atlet (10 Lelaki & 10 Wanita) dan 2 orang jurulatih menyertai karnival ini.  Keseluruhan Pasukan Olahraga Perak telah memperoleh 3 pingat Gangsa melalui Acara Lompat Tinggi Wanita (14-15 Tahun) Teh Hui Shan dengan lompatan 1.28m, Acara Lompat Tinggi Lelaki (14-15 Tahun) Kuan Jyn Yunn dengan lompatan 1.45m dan Acara 400m Lelaki (14-15 Tahun) Teh Zhi Yang dengan catitan 56.7s.

Kejohanan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet-atlet yang baru menyertai karnival ini.  

Akhir sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih dan atlet di atas kejayaan.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:




CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA NEGERI PERAK



Friday, May 6, 2016

LATIHAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK












Tarikh : 05 Mei 2016
Masa : 4.30 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Kehadiran : 1 JPM dan 2 JSM serta 34 orang atlet

Latihan : Simulasi Pertandingan

Ujian : Tiada

Pertandingan : Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit- Johor Leg

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada


Ulasan :-

Jurulatih memaklumkan persiapan atlet-atlet untuk menyertai  Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit-JOhor Leg yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2016 bertempat di Ampang Superbowls Kluang, Johor.

Jurulatih juga memaklumkan bahawa latihan pada sesi ini lebih tertumpu kepada simulasi pertandingan (6-10 games) agar pelatih-pelatih dapat menyesuaikan diri dengan kejohanan yang akan datang.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling

Thursday, May 5, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh : 30 April 2016

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Dewan Gimnastik SK King Edward II,Kamunting

Kehadiran : JLN dan JSM serta 13 orang atlet Lelaki & 4 atlet wanita

Latihan : Rutin Klasifikasi Level 1 dan Level 2, Fleksibiliti

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada


Ulasan :-

Latihan berjalan lancar dan atlet menunjukkan komitmen yang tinggi semasa latihan.2 orang atlet lelaki berumur tujuh tahun telah terpilih menyertai program setelah berlatih selama 3 bulan.



MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN GIMNASTIK ARTISTIK
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK


PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

 

 

Tarikh : 30 April 2016


Masa : 5.00 Petang


Tempat : Dry Gym,Ipoh


Kehadiran : JSM serta 5 orang atlet Lelaki


Latihan : Penambahbaikan angkatan


Ujian : Tiada


Pertandingan : Tiada


Kecederaan : Tiada


Peralatan : Tiada


Program Binaan: Tiada

 

 

Ulasan :-


Seramai 6 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang di Pusat Latihan Dry Gym,Ipoh.Setiap hujung minggu pada hari jumaat,sabtu&ahad akan diadakan kem latihan pusat dimana latihan bersama atlet SUKMA 2016 dijalankan di Dry Gym Ipoh sehingga bulan Julai 2016.

 

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK



Wednesday, May 4, 2016

LATIHAN PASUKAN BADMINTON PERAK



Tarikh             :         04 Mei 2016
Masa              :          9.00 pagi

Tempat           :         Akademi Badminton Perak, Meru Raya, Ipoh.

Kehadiran      : 1 Sepenuh Masa, 1 Jurulatih Luar Negara serta 8 orang atlet



Latihan : Perseorangan dan Berdua

Ujian : Tiada

Kejohanan : Kejohanan Badmionton Sirkit Remaja Kebangsaan 2016 100Plus (Grandfinal)

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada


Program Binaan: Tiada

Ulasan :-

Jurulatih memaklumkan pasukan badminton yang layak menyertai seramai 16 orang (9 lelaki dan 7 wanita) ke Kejohanan Badmionton Sirkit Remaja Kebangsaan 2016 100Plus (Grandfinal) pada 11 hingga 15 Mei 2016 bertempat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Jurulatih juga memaklumkan bahawa latihan pada minggu ini pada hari sabtu dan ahad (7 dan 8 Mei 2016) tidak dapat dijalankan di Akademi Badminton Perak dan akan menjalani latihan di tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak persatuan dalam masa terdekat kerana akademi tersebut akan dijadikan venue Kejohanan PETANDA Perak 2016.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Badminton