Friday, April 29, 2016

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 27 April 2016

Masa : 8.30mlm - 10.00mlm

Tempat : Stadium Perak, Ipoh


Latihan : 1) Warm Up
             2) Latihan mengikut acara
             3) Teknik 'Starting Block'


Ujian : Tiada


Pertandingan : Pasukan Olahraga Negeri Perak dalam persiapan menyertai Kejohanan Olahraga MSSM yang akan berlangsung pada 3 - 7 Mei 2016 di Terengganu.


Peralatan : Tiada


Program Binaan : Tiada


Ulasan : 1) Semua atlet dapat mengikut latihan dengan selesa dan dapat memahami teknik yang                    diajar oleh jurulatih.
             2) Atlet di bawah PLN, SSN dan PLD terlibat sekali.



Disediakan oleh :


CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA


Thursday, April 28, 2016

LATIHAN PASUKAN MEMANAH PELAPIS PERAK











Tarikh : 27 April 2016
Masa : 4.00 petang
Tempat : SMK Tun Saban, Pengakalan Hulu

Kehadiran : 1 JSM serta 9 orang atlet

LATIHAN
1. Latihan Jarak 30 meter, 40 meter, 50 meter, 60 meter & 70 meter.

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada


KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Memerlukan Peralatan Target But dan Arrow.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
Seramai 9 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi ini. Jurulatih menjalankan latihan persediaan pasukan sempena Karnival Bakat Siri 1/2016 yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 12 hingga 15 Mei 2016.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN MEMANAH

Tuesday, April 26, 2016

LATIHAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK








Tarikh : 25 April 2016
Masa : 5.30 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Kehadiran : 1 JPM & 2 JSM serta 27 orang atlet

Latihan : Latih Tubi (target & spare)

Ujian : Tiada

Pertandingan : Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit- Pahang Leg

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada


Ulasan :-

Jurulatih memaklumkan prestasi atlet-atlet kurang memuaskan pada Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit-Pahang Leg yang telah diadakan pada 22 hingga 24 April 2016 bertempat di Kuantan Mega Lanes, Kuantan, Pahang. Beliau memaklumkan akan mengubahsuai sedikit sistem latihan agar prestasi atlet-atlet dapat ditingkat semasa kejohanan yang akan datang.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling

LATIHAN BERSAMA PASUKAN LAWN BOWLS PERAK BERSAMA PASUKAN MELAKA DAN PASUKAN NEGERI SEMBILAN





























Tarikh : 22 - 24 April 2016
Tempat : 1. Gelanggang Lawn Bowls Hang Jebat, Kompleks Sukan Negeri Paya Rumput, Melaka
2. Gelanggang Boling Padang Seremban 2, Negeri Sembilan.
Kehadiran : 2 JSM serta 12 orang atlet

Latihan : Mini Pertandingan 
               (Acara : Singles Lelaki, Pairs Lelaki & Wanita, Triples Lelaki & Wanita)

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Latihan Bersama Pasukan Lawn Bowls Melaka dan Pasukan Lawn Bowls Negeri Sembilan.


Ulasan :-

Pihak Persatuan Lawn Bowls Perak dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Melaka telah berjaya menjalankan latihan bersama. Pihak persatuan memaklumkan telah menjemput Persatuan Lawn Bowls Negeri Sembilan untuk turut serta mengikuti Program Latihan Bersama tiga penjuru, tetapi tidak dapat hadir. Persatuan Lawn Bowls Perak turut dihadiri oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga Setiausaha Kehormat.

Walaubagaimanapun Pasukan Lawn Bowls Perak telah ke Gelanggang Boling Padang Seremban 2, Negeri Sembilan untuk menjalani Latihan Bersama Pasukan Negeri Sembilan.



Pihak persatuan bagi ketiga-tiga negeri berharap latihan ini dapat memberi pendedahan, pengalaman dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim bagi semua pihak yang terlibat dengan program tersebut.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Lawn Bowls

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR


Tarikh : 24 April 2016

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bot House Pangkalan TLDM, Lumut

Kehadiran : 2 JSM, 13 atlet

Latihan : 1) Warm Up
              2) Practice and gyning

Ujian : Tiada

Pertandingan : Pasukan Perahu Layar dalam persediaan menyertai Kejohanan 5th KFC Perak Open Regatta 2016 pada 29 April - 1 Mei 2016 di Marina Wing Waterfront Lumut, Perak.

Peralatan : Tiada

Program Binaan : Tiada

Ulasan : 1) Kehadiran atlet memuaskan.
             2) Jurulatih memaklumkan atlet memberi komitmen semasa latihan.


Laporan disediakan oleh :


CHING LAI YEE
PPN SUKAN PELAYARAN

Friday, April 22, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN WUSHU BIL 1/2016

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


 

Tarikh : 19 April 2016 ( Selasa )

Masa : 4.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 10 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Majlis Sukan Negeri Perak,En.Fadzrie Bin Che Li dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak,En.Muhamad Adif Bin Daud Penyelaras SUKMA 2016,Cik Raja Shahzuryani Bt Raja Shah Riman ISN Perak dan Setiausaha Persekutuan Tarian Naga Dan Singa Perak En.Chin Kin Tong,AJK Persatuan En.Wong Wai Leng,Jurulatih Wushu ( JSM ) En.Chan Chee Kheong dan Tan Siow Huoy serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tuan Mohd Fakrul Nizan.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2016 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2016 dan perancangan 2016. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan,JPN dan USPTN.


Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan kejohanan peringkat dalaman dan peringkat negeri.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.

 

 




Laporan disediakan :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN GIMNASTIK GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


 

Tarikh : 19 April 2016 ( Selasa )

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 7 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Majlis Sukan Negeri Perak,En.Fadzrie Bin Che Li dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak,Pn.Chin Lai Yee Penyelaras SUKMA 2016,Cik Raja Shahzuryani Bt Raja Shah Riman ISN Perak dan Setiausaha Persatuan Gimnastik Perak ( Baru ) Pn.Azizah Bt Abdul Rashid,Jurulatih Gimrama ( JSM ) Pn.Michele Lee Hooi Been serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tuan Mohd Fakrul Nizan.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2016 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2016 dan perancangan 2016. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan,JPN dan USPTN.


Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan Kursus spesifik sukan bagi menambah bilangan jurulatih dan guru untuk Sukan Gimrama dan Gimnastik di Negeri Perak.perancangan ini penting bagi menambah bilangan tenaga jurulatih seterusnya meningkatkan jumlah atlet.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.

 

 




Laporan disediakan :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK