Thursday, June 30, 2011

Mesyuarat jawatankuasa pemandu sukma 2012

Mesyuarat jawatankuasa pemandu sukma 2012 telah dijalankan di hotel heritage ipoh pada 30 julai 2011 bermula jam 8.30 hingga 11.20 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh yb dato zainol fadzi bin haji paharudin (exco sukan) dan turut dihadiri oleh yb norlee (cdm),dato abdul puhat bin mat nayan( kp kemas ), profesor dr shaharudin (upsi),pengarah jbs negeri, ketua sektor dan ketua unit jpn dan pegawai mbi serta ketua unit usptn perak. Mesyuarat ini membincangkan tentang perancangan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu sukan di sukma pahang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Atlet angkat berat perak mewakili malaysia bagi kejohanan angkat berat remaja dunia di pisa pulau pinang pada 29 jun hingga 7 julai 2011

Atlet angkat berat perak saudara mohd ekhwan bin aziz. 18 tahun dipilih mewakili malaysia bagi kejohanan angkat berat remaja dunia di pisa pulau pinang.usptn perak mengucapkan tahniah dan mendoakan agar saudara ekhwan mencapai pencapaian yang terbaik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 29, 2011

PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW DEWAN WISMA MSNPK































Tarikh: 28 jun 2011

Masa: 4.45 ptg
Tempat: Dewan Wisma MSNPK

Kehadiran: 20 Orang




Laporan:



Tiada masalah disiplin dan kehadiran adalah baik.Atlet-atlet menunjukan komitmen yang baik bagi persediaan kejohanan Sepak Takraw KFC/Utusan Zon Utara pada 1-3 Julai 2011 di Std Sultan Abd Halim,Alor Setar,Kedah.Jurulatih memaklumkan akan menghantar semua atlet yang berumur 13-15 tahun bagi tujuan pendedahan dan merasai suasana pertandingan yang sebenar.






ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

PPN SUKAN BERBASIKAL,TINJU DAN SEPAK TAKRAW

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK, GIMNASIUM GIMNASTIK TAIPING






Pemantauan Harian

Tarikh : 10 Jun 2011

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Gimnasium Gimnastik Taiping

Laporan :

Latihan sesi petang dijalankan pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Kehadiran atlet seramai 10 orang atlet hadir menjalani latihan.

Bangunan gimnasium akan dibaikpulih mulai bulan Jun 2011. Dijangkakan pembaikan tersebut mengambil masa hampir 3 bulan dan dijangka siap pada bulan Ogos 2011. Latihan akan dijalankan di Mini Gimnasium SK Kampung Jambu, Taiping sementara pembaikan siap sepenuhnya.

Laporan oleh :

SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI

UNIT SUKAN PRESTASI NEGERI PERAK

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT, DRYGYM MSN PERAK




Tarikh : 22 Jun 2011

Masa : 5.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Ipoh, Perak.

Laporan :

Latihan yang dijalankan mengikut program latihan yang telah dimaklumkan oleh jurulatih kepada atlet kerana memandangakan beliau masih belum lagi sembuh.

Kehadiran atlet memuaskan, seramai 6 orang atlet hadir menjalani latihan pada tarikh tersebut.

Laporan oleh :

SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI

UNIT SUKAN PRESTASI NEGERI PERAK

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA PUSAT LATIHAN SMK KING EDWARD VII, TAIPING




Pemantauan Harian

Tarikh : 23 Jun 2011

Masa : 5.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Olahraga,

SMK King Edward VII, Taiping

Kehadiran : 9 orang

Laporan :

Latihan diadakan pada sebelah petang sahaja. Kehadiran atlet seramai 9 orang. Latihan yang dijalankan sebagai persiapan sempena kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011 pada 25 – 26 Jun 2011 bertempat di Stadium Mini MSNM, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Laporan oleh :


SHAHDAN BIN MHD HASHIM

PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI

UNIT SUKAN PRESTASI NEGERI PERAK

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, June 28, 2011

Sesi Pemilihan Bowling ke FESMAS 2011 :)

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 1800
Venue: Ampang Superbowl, Ipoh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Happy Birthday Bos :)

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 1530
Venue: USPTN Perak
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jamuan Makan Tengahari Kakitangan MSN dan USPTN Perak :)

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 1230 tghari
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW PLN SMK DATO HAJI HUSSEIN,SELAMA,PERAK











Tarikh : 21 Jun 2011
Masa : 3.45 ptg - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sekolah SMK Dato Haji Hussein,Selama,Perak
Kehadiran : 15 orang

Laporan: Dari segi pemerhatian Pegawai

Kehadiran latihan adalah memuaskan dan atlet menunjukan komitmen yang memuaskan dalam sesi latihan.Tiada masalah dari segi displin dan jurulatih memaklumkan sesi latihan ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang.Sesi pagi jam 8.30pg-10.30 pg bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 manakala sesi petang jam 3.30 ptg-5.30 ptg bagi pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Latihan dijalankan pada setiap hari isnin hingga sabtu.

Pandangan/Ulasan

Atlet-atlet yang berumur 13 hingga 14 tahun kekurangan pertandingan dan menyebabkan prestasi tidak dapat dinilai dan di ukur.Kekerapan mengadakan pertandingan di bawah umur 15 tahun adalah penting bagi memantapkan mutu permainan sebelum ke peringkat lebih tinggi.

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Pemantauan Latihan dan Perbincangan Bersama Jurulatih Sukan Terjun

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 1030 am
Venue: Dry Gym MSNPk, Ipoh

Latihan pada pagi ini berjalan seperti biasa. Atlet bergerak ke 'dry gym' setelah sesi latihan di kolam. SDO turut berbincang bersama jurulatih untuk mengadakan 'mini competition' (pertandingan dalaman) kepada atlet-atlet pada penghujung bulan Julai 2011. Beberapa perkara turut dibincangkan bersama.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 23, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Memanah

Tarikh: 23 Jun 2011
Masa: 4 pm
Venue: SMK Tun Saban, PH

Latihan hari ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran 14 orang atlet dan dipantau oleh seorang jurulatih iaitu En. Md Razali Hasan. Mereka juga dalam persiapan untuk ke Kej. Memanah Terbuka Keb. Sirkit 2/2011 di Alor Setar pada 6 - 10 Julai 2011.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemantauan Sukan Skuasy











Tarikh : 20 Jun 2011

Masa Latihan : 4.00 - 6.30 petag

Masa Lawatan : 5.45 petang

Kehadiran : 7 orang

Pusat Latihan : Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh


Latihan pada hari ini berjalan seperti biasa. Seorang atlet mengalamai kecederaan semasa latihan bermula dan telah dibawa ke Unit Sains Sukan MSN Perak untuk mendapatkan rawatan dan mengenal pasti kecederaanya.Dimaklumkan tiada sebarang kecederaan yang teruk.Atlet diminta datang ke Unit Sains Sukan untuk membuat rawatan susulan pada minggu ini.



Laporan dari :

Noorsaliza Binti Abdul Hamid

Pegawai Pembangunan Negeri

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak

Wednesday, June 22, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

Tarikh: 22 Jun 2011
Masa: 1000
Venue: Komp. Renang MBI, Ipoh

Latihan pada pagi ini berjalan seperti biasa dengan kehadiran 12 orang atlet dan dipantau oleh 2 orang jurulatih. Selepas latihan kolam, mereka akan ke 'dry gym' untuk latihan seterusnya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sambutan Hari Jadi Staf MSNPk & USPTN Pk :)

Tarikh: 22 Jun 2011
Masa: 0915
Venue: Bilik Mesyuarat MSNPk, Ipoh

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 8, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

Tarikh: 8 Jun 2011
Masa: 0815
Venue: Dry Gym MSNPk & Kompleks Renang MBI, Ipoh

Latihan pagi ini dihadiri oleh 21 orang atlet dibawah kendalian 2 orang jurulatih. Sepanjang cuti persekolahan ini, latihan dijalankan dua sesi dalam sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone