Sunday, October 19, 2014

BENGKEL JURULATIH PENGGALAKKAN SUKAN (PPS) 2014

Bengkel Jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) 2014 diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur yang melibatkan empat sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.

Sesi Hari Pertama
Jurulatih-jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) Negeri Perak yang terlibat terdiri dari tiga (3) sukan iaitu :-
1. Sukan Angkat Berat
    - En. Amar Qadafi bin Abas
2. Sukan Memanah 
    - En. Marzuki bin Zakaria
    - En. Zulkifli bin Mohd Yusof
3. Sukan Olahraga
    - En. Hafiz bin Hashim

Program pertama pada sesi petang iaitu Taklimat Bengkel Penggalakkan Sukan. Penerangan bengkel ini dimaklumkan oleh Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN), En. Rashid bin Ramli. Program seterusnya iaitu Ucaptama oleh Pengarah Cawangan Pelapis (PCP), En. Jefri bin Ngadirin.

Program pada sesi malam iaitu Sesi Suai Kenal Dan Perjumpaan Bersama Ketua Jurulatih Mengikut Sukan. Penerangan pada sesi ini mengenai pengalaman jurulatih dan asas-asas latihan untuk jurulatih PPS. Ketua-ketua jurulatih mengikut sukan yang terlibat pada bengkel ini adalah seperti berikut:-

1. Angkat Berat
   - En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau)
   - En. Mohd Nor bin Osman (JSM Kedah)
2. Berbasikal
   - En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan)
3. Memanah
   - En. Marbawi bin Sulaiman (Elit)
   - En. Norizam bin Ishak (Elit)
4. Olahraga
   - En. Manshahar bin Abd. Jalil (Elit)
   - En. Trappadi a/l Alagari (Elit)

Sesi kedua akan bersambung pada 20 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment