Friday, September 20, 2013

TAKLIMAT PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA DAN JURULATIH PROGRAM MY KIDS SOCCER NEGERI PERAK

Tarikh        : 17.09.2013
Masa         : 5.30 ptg - 6.45 ptg
Tempat      : Bilik Seminar MSN Perak
Kehadiran  : PKU USPTN Perak, KJRN,JSM (4 Org) dan Ibu Bapa (15 Org)

Antara perkara-perkara yang dibincangkan:

1. PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA JURULATIH MY KIDS SOCCER
    Peringatan dan makluman semasa tentang program kepada jurulatih:-
    - Tugasan dan tanggungjawab jurulatih terhadap program
    - Kehadiran dan juga ketepatan Masa ke sesi latihan
    - Elaun JSM / Kontrak JSM
    - Kejohanan yang akan disertai:-

      1) Kejohanan Bola Sepak 1MCC di Pulau Pinang
      2) My Kids  Peringkat Kebangsaan 2013
      3) Kejohanan Bola Sepak Champion of Champion

 1.1 .Lain lain Isu berbangkit yang di ajukan oleh JSM
    - Coach Kamarulzaman   - ketiadaan stor utk menyimpan peralatan untuk
                                           latihan pemain.
 
Maklum balas tentang perkara KJRN - 
Surat rasmi  telah dihantar melalui MSNPERAK kepada Guru Besar SK Tasek Damai memaklumkan tentang perkara ini dan pihak sekolah juga telah memberi balas perkara ini yang pihak sekolah tidak dapat menyediakan stor atau ruang yang boleh untuk menyimpan peralatan asas untuk peralatan latihan.

 - Coach Cikgu Najib - Beliau maklumkan situasi beliau yang terlalu sibuk dgn tugasan tambahan dengan melatih pemain di Sekolah Sukan Negeri. 
(SMK Gunung Rapat) 

Maklum balas KJRN - Memohon beliau membahagikan masa latihan program dengan latihan bola sepak di Sekolah Sukan Negeri
 - Beliau juga memaklumkan masalah mengumpulkan pemain yang berpotensi sebelum menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

2. PERJUMPAAN KEDUA BERSAMA IBUBAPA PEMAIN BWH 12 THN
- Pihak saya telah memaklumkan mengenai hala tujuan dan kesinambungan program pembangunan bola sepak Negara ini apabila pemain-pemain yang telah melebihi umur 12 thn.

 Antara yang dimaklumkan:-
 - Syarat Kemasukan ke Sekolah Sukan Negara,Sekolah Sukan Negeri dan Pusat Latihan Daerah (PLD) sukan Bola Sepak.

 - Persiapan pasukan dan pemilihan pemain untuk menghadapi kejohanan peringkat tinggi seperti liga 1MCC,My Kids Kebangsaan, dan juga syarat kelayakkan ke Kejohanan champion of champion.


Perkara yang dibangkitkan oleh Ibu Bapa : - 
a) Mengenai pengangkutan pemain dan siapa yang akan membawa pemain-pemain untuk menyertai Liga Bola Sepak 1MCC di Bukit Mertajam,Pulau Pinang.
Maklum balas KJRN- Pemain-pemain akan dibawa oleh jurulatih-jurulatih di dalam program dan beliau juga mengalu-alukan pihak ibubapa untuk turut serta membantu membawa pemain ini bagi memberi sokongan moral kepada pemain

b) Pihak Ibubapa juga memohon kepastian mengenai jangkamasa liga 1MCC di langsungkan
Maklum balas KJRN- Beliau memaklumkan liga ini akan dilangsungkan dalam jangka masa 7 minggu dan dijalankan setiap hari sabtu sahaja.

KJRN turut memaklumkan bajet perbelanjaan untuk menyertai kejohanan ini adalah dari sumbangan Exco Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya dan En Zul dari Presiden Die Hard Fan Perak.

Sekian, Terima Kasih.

 
                                     

Thursday, September 19, 2013

Pemantauan Pusat & Latihan Tenpin Boling

Tarikh : 13 September 2013 / Jumaat
Masa : 5.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran : 16 orang

Laporan : -

Latihan pada hari ini adalah Game Simulation dimana pelatih akan bermain dan membuat penilaian pencapaian secara individu secara mingguan.Sesi latihan berjalan seperti biasa dan lancar tanpa sebarang masalah. Bagi pelatih pelapis negeri yang terpilih dalam pasukan SUKMA, berlatih bersama skuad SUKMA yang dikendalikan oleh pihak persatuan negeri.
--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN TENPIN BOLING
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENPIN BOLING

Tarikh : 9 September 2013 / Isnin
Masa : 5.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran : 20 orang

Laporan : -

Latihan pada hari ini adalah Skil Drill/Advance Lane Adjustment. Seramai 7 orang pelatih USPTN telah berjaya melayakkan diri ke Grand Prix Final yang akan berlangsug pada 14 - 15 September 2013. Pelatih tersebut adalah : -

1. Nur Baitul Ayu Alisha
2. Mohd Asyraf Hasmadi
3. Nurul Aina Syakirah
4. Afiq Irsyaduddin
5. Nur Fatin Syahirah
6. Arif Fauzi
7. Mohd Farhan Azri

Sesi latihan berjalan seperti biasa dan lancar tanpa sebarang masalah.Tiada kecederaan berlaku dikalangan pelatih. Sekian dimaklumkan

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN TENPIN BOLING
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENPIN BOLING

Tarikh : 26 Ogos 2013 / Isnin
Masa : 5.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran : 16 orang

Laporan : -

Latihan pada hari ini adalah Team Game. Pelatih perlu mengaplikasikan apa yang telah diajar sebelum ini dan jika gagal disempurnakan, pasukan tersebut akan didenda. Pelatih yang akan menghadapi UPSR memohon untuk pelepasan sementara untuk menumpukan perhatian pada pelajaran..Sesi latihan berjalan seperti biasa dan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada kecederaan berlaku dikalangan pelatih. Sekian dimaklumkan.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN TENPIN BOLING
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT DAN LATIHAN TENPIN BOLING



Tarikh : 21 Ogos 2013 / Rabu
Masa : 5.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran : 22 orang

Laporan : -

Latihan pada hari ini adalah Skil Drill (Pin 7). Jurulatih merancang untuk membuat 
ujian Spesific pada hujung bulan September 2013 selepas selesai UPSR.Sesi latihan berjalan seperti biasa dan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada kecederaan berlaku dikalangan pelatih. Sekian dimaklumkan.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN TENPIN BOLING
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Monday, September 9, 2013

PEMANTAUAN SUKAN TINJU PELAPIS PERAK









LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : TINJU
Tarikh : 9 September 2013
Masa   : 9.30 Pagi
Tempat: Drygim MSN Perak


Jurulatih menjalankan latihan pada sesi pagi bagi atlet-atlet yang bersekolah pada sesi petang. Kehadiran seramai 5 orang peninju menjalani latihan pada sesi pagi. Latihan pada sesi tersebut lebih tertumpu kepada teknik-teknik latihan asas kerana peninju-peninju yang hadir menjalani latihan masih baru yang berumur di dalam lingkungan 13 hingga 14 tahun.