Saturday, October 25, 2014

HAEI PERTAMA KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 1/2014

Sesi Hari Pertama
23 Oktober 2014 (Khamis)

Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Perak menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negera Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai 16 atlet (12 lelaki & 4 wanita) Pelapis Perak menyertai kem tersebut yang bermula pada 23 hingga 28 Oktober 2014.

Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut:-
1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF
2. Atlet - Program Ice Breaking

Sesi hari kedua akan bersambung pada 24 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.
 
Sekian.

No comments:

Post a Comment