Tuesday, October 21, 2014

HARI TERAKHIR BENGKEL JURULATIH PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014

Sesi Hari Ketiga dan Hari Terakhir
21 Oktober 2014 (Selasa)

Program pada sesi terakhir ialah Pembentangan Modul Latihan Asas mengikut sukan oleh setiap Ketua Jurulatih bagi sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Pelapis, Ketua Unit Pelapis Kebangsaan, Ketua Unit Serantau, Ketua Unit Pelapis Negeri dan Ketua Unit Khidmat Sokongan. Keseluruhan penglibatan di dalam bengkel ini adalah seperti berikut :-

1. Pegawai MSN - 8 orang
2. Ketua Unit Terengganu
3. PPN - 14 orang
4. Ketua Jurulatih - 7 orang
5. Jurulatih PPS - 41 orang

Pembentangan modul latihan asas dimulakan dengan sukan Angkat Berat oleh En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau) dan En. Mohd Nor bin Osman (JSM Kedah). Pembentangan bagi sukan kedua dibentangkan oleh En. Marbawi bin Sulaiman (Elit) dan En. Norizam bin Ishak (Elit) dari Sukan Memanah. Seterusnya bagi pembentangan sukan ketiga dari sukan Berbasikal dibentangkan oleh En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan) dan pembentangan yang terakhir dari Sukan Olahraga oleh En. Manshahar bin Abd. Jalil (Elit).

Sesi terakhir iaitu Sesi Penutup Bengkel Jurulatih Program Penggalakan Sukan (PPS) dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri bin Ngadirin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment