Tuesday, October 8, 2013

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 26 September 2013 / Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat :Akademi Badminton Perak
Kehadiran : 8 orang

Laporan : -

Kehadiran pelatih tidak memuaskan dimana hanya 8 orang sahaja yang hadir. Dimaklumkan kebanyakan pelatih memohon untuk pelepasan bagi menghadapi PMR dan SPM. 
Latihan mengikut perancangan dan program yang telah diatur oleh jurulatih. Dimaklumkan juga, pihak persatuan telah melantik En.Zambri Haji Bahari sebagai Setiausaha persatuan yang baru bagi menggantikan En. Abdul Jamil.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Perbincangan bersama SK Taman Panglima - After School Program (Memanah)

Tarikh : 25 September 2013 / Rabu
Masa : 10.00  pagi
Tempat : SK Taman Panglima, Taiping
Kehadiran : 1. Penolong Kanan, SK Taman Panglima
                  2. Jurulatih - Zurina Azra

Laporan : -

Satu pertemuan telah diatur bagi membincangkan mengenai Program After School bagi sukan Memanah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping dengan dihadiri oleh Penolong Kanan, Puan Rohana dan jurulatih Puan Zurina. 
Pihak MSNM telah memaklumkan serba sedikit mengenai program After School kepada pihak sekolah. Pihak pentadbiran juga sangat berbesar hati dan menerima program sebegini telah diadakan di sekolah tersebut. Pihak sekolah juga tiada halangan untuk membenarkan segala kemudahan yang ada di sekolah ini digunakan sekiranya perlu.
Hasil dari perbincangan dan pemerhatian, didapati sekolah ini tiada kemudahan padang yang sempurna. Bagi latihan short distance, latihan akan diadakan di sekolah SK Taman Panglima dan jika long distance, latihan akan diadakan di Kolej Vokasional Taiping. Jurulatih akan membawa sendiri pelatih ke kolej tersebut. Walaubagaimanapun, dimaklumkan sesi latihan sebegini memang telah menjadi kebiasaan di situ dan pihak kolej vokasional juga tidak menghalang latihan juga diadakan di situ.
Dari pemerhatian juga, peralatan yang ada di sini begitu minima dan semua peralatan disediakan oleh pihak sekolah. 

Sekian, dimaklumkan
--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 24 September 2013 / Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Sek. Men.Keb Tun Saban, Pengkalan Hulu
Kehadiran : 18 orang

Laporan : -

Latihan pada hari ini lebih kepada memberi kecergasan kepada semua pelatih. Kehadiran pelatih agak baik dan kelihatan sangat bersemangat. Sedikit perbincangan diadakan bersama jurulatih mengenai perancangan untuk mengadakan Kejohanan Interzone yang bakal diadakan pada bulan November nanti.
Jurulatih memaklumkan bahawa seramai 10 orang pelatih telah berhenti kerana tidak mampu untuk memberikan komitmen dalam latihan dan kemasukan 3 orang pelatih baru. 
Sekian, dimaklumkan
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN MEMANAH
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK