Tuesday, May 28, 2013

Pemantauan Pusat & Latihan Bagi Sukan Tenpin Boling

Tarikh 
20.5.2013
Masa
5.30 petang
Tempat
Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran
25 orang
Latihan
1. 'Adaptation lane condition'
2. Skill drill
Ujian
Tiada
Pertandingan
Tiada
Kecederaan
Tiada
Peralatan
Tiada masalah
Program Binaan
Tiada
Ulasan
1. Kehadiran atlet amat baik
2. Penerimaan pelatih atas latihan sangat baik
3. Jurulatih dapat menangani masalah dengan pelatih dengan baik
4. Terdapat 2 way communication antara pelatih dan jurulatih.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN TENPIN BOLING
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Pemantauan Pusat & Latihan Bagi Sukan Badminton

Tarikh 
19.5.2013
Masa 
 9.00 pagi
Tempat 
 Akademi Badminton Meru Raya, Jelapang
Kehadiran 
Atlet 30, Jurulatih 1
Latihan 
1. Latihan berjalan dengan lancar.
2. Latihan pada hari ini adalah persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sirkit Terbuka Kebangsaan Maybank  2013 di Kedah
3. Penumpuan pada latihan ' Agility / Shuttlerun / Smash & Block"
Ujian  
Tiada
Pertandingan
Seramai 16 orang akan menyertai Kejohanan Sirkit Terbuka Kebangsaan Maybank 2012 - Terbuka Kedah pada 25.5.2013 - 1.6.2013
Kecederaan
Tiada
Peralatan
Tiada masalah
Program Binaan
Tiada
Ulasan
1. Latihan berjalan lancar
2. Melalui pemantauan yang dibuat, didapati jurulatih sambilan kurang memberikan komitmen yang sepatutnya kerana terikat dengan tugas hakiki.
3. Kehadiran pelatih agak baik

Terima kasih
--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2013


Pada 23 hingga 26 Mei 2013 telah diadakan Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2013 bertempat di Veledrom Kuala Lumpur,Cheras.Pasukan Berbasikal Negeri Perak telah menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan tersebut iaitu seramai 11 orang atlet dan  2 orang pegawai.Berikut adalah keputusan pingat yang telah di capai oleh pasukan Berbasikal Negeri Perak:-

BIL

NAMA

KATEGORI

ACARA

PINGAT/MASA

1.

MUHAMAD ZAWAWI BIN AZMAN

LELAKI 19 TAHUN KE ATAS

4KM IND PURSUIT

EMAS   (5:17.579s)

POINT RACE

PERAK (11 MATA)

TEAM SPRINT

PERAK (1:10.818s)

200M SPRINT

GANGSA(11.997s)

2.

MUHAMAD AZWAN BIN OTHMAN

TEAM SPRINT

PERAK  (1:10.818s)

3.

FAIZ NAZMI BIN HUSSEIN

TEAM SPRINT

PERAK  (1:10.818s)

4.

MUHAMMAD HARITH ARIEF BIN KAZMAN

LELAKI 13-15 THN

200M SPRINT

EMAS    (12.403s)



Laporan disediakan oleh:-

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PEMANGKU KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI

Thursday, May 23, 2013

LATIHAN PASUKAN TINJU PELAPIS PERAK

SUKAN : TINJU
TARIKH : 23 MEI 2013
TEMPAT : SMK JATI, IPOH
MASA : 8.30 PAGI


Seramai 8 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi latihan pagi. Jurulatih menjalankan latihan bagi persediaan pasukan Tinju ke Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 hingga 9 Jun 2013 bertempat di Kompleks Sukan Keramat MSNM, Keramat, Kuala Lumpur.

Jurulatih memaklumkan bagi kategori 13-14 tahun, peninju-peninju yang akan menyertai kejohanan ini sekadar pendedahan ke kejohanan kerana peninju bagi kategori ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh mereka. Manakala bagi peninju kategori 15-16 tahun dan 17-18 tahun, pemilihan akan diadakan agar peninju yang terbaik di pusat latihan sahaja yang akan menyertai kejohanan tersebut.






Wednesday, May 22, 2013

PEMANTAUAN SUKAN SKUASY

Tarikh : 11 April 2013
Masa : 4.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan MBI
Peserta : JLN dan JSM

Laporan
Latihan pada minggu ini adalah latihan persediaan untuk menyertai kejohanan Rising Star yang akan diadakan di Pulau Pinang.Seramai 11 orang atlet menjalani latihan pada hari ini.

Sekian.

NOORSALIZA BINTI ABDUL HAMID
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 5 April 2013
Masa : 6.00 petang
Tempat : Dry Gym MSN Perak
Peserta : JLN,JSM

Laporan
Latihan berjalan seperti biasa.Satu talent scouting diadakan pada hari ini.Jurulatih memaklum pelajar ini terlalu muda.Jurulatih meminta ibu bapa membawa pelajar ini pada pemilihan yang akan datang, tarikh dan masa akan dimaklumkan.Seramai 13 gimnas hadir pada latihan hari ini.

Sekian.

NOORSALIZA BINTI ABDUL HAMID
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN PELAYARAN BILANGAN 1/2013

Tarikh : 22 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Majlis Sukan Negeri Perak

PEMANTAUAN SUKAN SKUASY DAN PERJUMPAAN BERSAMA ATLET

Tarikh : 21 Mac 2013
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh
Peserta : Timbalan Pengarah MSN Peak, PKU USPTN Peak, Sdo dan Persatuan Skuasy Negeri Perak

Laporan
Atlet sedang menjalani latihan pusat sempena Kejohanan Skuasy MSSM yang akan diadakan di Melaka pada minggu ini.Seramai 15 atlet pelapis telah terpilih untuk mewakili Negeri Perak ke Kejohanan ini.Pada hari ini juga, satu perjumpaan bersama Timbalan Pengarah dan atlet telah diadakan bagi tujuan memberi semangat kepada atlet yang akan menyertai kejohanan pada minggu ini.

Sekian.

NOORSALIZA BINTI ABDUL HAMID
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN SKUASY BILANGAN 1/2013

Tarikh : 20 Mac 2013
Masa : 3.00 petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Perak

Tuesday, May 21, 2013

TID SUKAN ANGKAT BERAT

PROGRAM : TID SUKAN ANGKAT BERAT
TARIKH : 8 MEI 2013
MASA : 8.30 PAGI 
TEMPAT SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI]
KEHADIRAN : 40 ORANG

Tid bagi sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 8 Mei 2013 bertempat di SMK Sri Kurau, Bagan Serai. Ujian tersebut dijalankan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Seramai 40 orang pelajar hadir menjalani ujian pemilihan tersebut.

LATIHAN PASUKAN TINJU PELAPIS PERAK

SUKAN : TINJU
TARIKH : 21 MEI 2013
MASA : 5.30 PETANG
TEMAPT : DRYGYM MSN PERAK

Seramai 6 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet terlibat dengan peperiksaaan pertengahan tahun mulai 20 hingga 23 Mei 2013.  Jurulatih juga memaklumkan akan mengenai persiapan atlet-atlet ke Kejohanan Remaja Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 hingga 9 Jun 2013 bertempat di Kompleks Sukan Keramat MSNM, Keramat, Kuala Lumpur.

 

TID SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 6 Mei 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Sekolah : 
1. SK Kampung Jambu, Taiping
2. SK Aman, Taiping
3. SK King Edward VII (1), Taiping
4. SK Taiping, Taiping

Program Pemilihan Awal Atlet Gimnastik Artistik telah dijalankan di empat (4) sekolah berdekatan dengan Gimnasium Gimnastik Taiping oleh jurulatih Program Pelapis Negeri iaitu En. Adzlan bin Abu dan dibantu oleh jurulatih After School Program (ASP), En. Jasrizal bin Saad. Seramai 75 orang pelajar telah dipilih untuk menjalani pemilihan kedua iaitu Tid Sukan Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan pada 7 Mei 2013 oleh Institut Sukan Negara (ISN) bertempat di SK Kampung Jambu, Taiping.