Monday, April 25, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PRESIDEN BERBASIKAL PERAK
































22 APRIL 2011- Perjumpaan bersama Presiden Berbasikal Negeri Perak iaitu Tan Seri Darshan Singh telah diadakan di Wisma MSN Perak.Perjumpaan ringkas ini bertujuan diadakan bagi memperkenalkan pengurus baru pasukan Trek SUKMA Negeri Perak 2011 dan beramah mesra dengan atlet-atlet di bawah program pelapis Negeri Perak.Di samping itu atlet-atlet pelapis telah memberitahu masalah yang dihadapi semasa latihan dan mereka memohon supaya pihak persatuan turut juga membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.















Pegawai pembangunan Sukan Berbasikal juga telah memaklumkan kepada presiden bahawa 11 orang atlet telah dipilih untuk membawa cabaran SUKMA Negeri Perak dan 7 orang daripadanya adalah atlet pelapis Negeri Perak dan selebihnya atlet yang dipilih dari atlet Negeri Lain dan berpontensi untuk memberi cabaran pada SUKMA itu nanti.









ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

PPN USPTN PERAK