Thursday, November 27, 2014

PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP PERAK 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tarikh         : 20 Hingga 23 November 2014
Tempat       : Gelanggang Skuash,Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh

Laporan      :- 

Kejohanan ini bertujuan mencari pelapis dan bakat baru bagi menambah jumlah atlet pelapis Sukan Skuash di Negeri Perak.Selain itu,kita juga memberi pendedahan tentang permainan Skuash di kalangan murid-murid,ibu bapa dan masyarakat.Kumpulan sasaran yang terlibat dalam pemilihan ini adalah lingkungan umur 10 Tahun hingga 15 Tahun.Terdapat 4 buah sekolah di Ipoh yang terlibat iaitu SK Methodist (ACS), SK Dato' Ahmad Said Tambahan,SK Tarcisian Convent dan SK Marian Convent.Peserta dari luar Ipoh yang menyertai kejohanan ini adalah daripada Universiti Teknologi Petronas dan Lumut.Sebanyak 97 orang peserta telah hadir.




MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SKUASH
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 ( GRAND FINAL )

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Tarikh : 13 - 17 November 2014

Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang,Kuantan,Pahang.

Penyertaan : 3 Jurulatih dan 21 Pelatih

 

Laporan

 

Pelatih Pelapis Negeri Perak telah menyertai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir ( Grand Final ) pada 13 - 17 November 2014.Pasukan negeri Perak telah mendaftarkan seramai 21 orang pelatih.Kesemua pelatih yang dibawa adalah pelatih yang kurang diberi pendedahan pertandingan sebelum ini.

 

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-

 

1) Antara Regu Bawah 16 Tahun

-      Pingat Gangsa

2) Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-      Pingat Gangsa

3) Antara Regu Bawah 14 Tahun

-      Pingat Emas

4) Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-      Tewas Peringkat Kumpulan

5) Antara Regu Bawah 12 Tahun

-      Tewas Peringkat Kumpulan

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 02/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 22 - 24 Jun 2014

Tempat : Dewan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Penyertaan : 3 Jurulatih dan 26 Pelatih

 

Laporan

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Pretasi Tinggi Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Persatuan Sepak Takraw Negeri  Perak telah menganjurkan Kejohanan Pelapis Antara Zon Tengah Siri 2/2014 pada 22 - 24 Jun 2014 bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Kejohanan ini telah disertai oleh Pelatih Negeri Selangor dan jemputan dari pasukan SMK Gunung Rapat,Ipoh. Kejohanan  zon ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet dibawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Majlis Sukan Negara Malaysia.

 

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-

 

1. Antara Regu Bawah 16 Tahun

-      Pingat Emas

2. Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-      Pingat Perak

3. Antara Regu Bawah 14 Tahun

-      Pingat Gangsa

4. Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-      Pingat Perak

5. Antara Regu Bawah 12 Tahun

-      Pingat Emas


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

 

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 01/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 14 - 16 Mac 2014

Tempat : Dewan Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Penyertaan : 2 Jurulatih dan 15 Pelatih

 

Laporan


Pelatih Pelapis Negeri Perak telah menyertai Kejohanan Antara Zon Tengah pada 14 - 16 Mac 2014. Kejohanan ini pada mulanya dijangka akan ditunda pada tarikh yang lain berikutan keadaan cuaca di lembah klang pada waktu tersebut berjerubu tetapi diteruskan juga setelah keadaan kembali pulih dan dapat diteruskan.

Pasukan negeri Perak telah mendaftarkan seramai 15 orang pelatih.Kesemua pelatih yang dibawa adalah pelatih yang kurang diberi pendedahan pertandingan sebelum ini.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-


           1. Antara Regu Bawah 16 Tahun

-          Tempat Keempat

2. Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-          Pingat Gangsa

3. Antara Regu Bawah 14 Tahun

-          Pingat Emas

4. Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-          Pingat Emas

5. Antara Regu Bawah 12 Tahun

-          Tidak Menyertai



MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Tuesday, November 25, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh       : 24 November 2014 (Isnin)
Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran  : 14 Org
Jurulatih    : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki (JSM)
                

Laporan:

LATIHAN 
1) Streching (10 - 15 Min)

2) Program Latihan:
    Jarak 50 KM  (Ipoh - Batu Gajah)
    E1 - 39 x 17/19
    E2 - 39 x 15
           10 KM x 1
    02. - 39 x 15
            1KM x 3 x 1 set
    
UJIAN:-
Tiada ujian spesifik atau kecergasan dijalankan.

PERTANDINGAN
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 pada 26 - 30 November 2014 di Veledrom Cheras,Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada


ULASAN
1.Kehadiran atlet di sesi pagi adalah sangat baik dan menunjukan komitmen yang baik di dalam sesi latihan.

2.Jurulatih memaklumkan terdapat dua orang atlet baru masuk ke dalam program yang kedua-duanya berumur 15 tahun.seorang Lelaki & seorang Wanita



Laporan disediakan:

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PKU USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Monday, November 24, 2014

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK PELAPIS PERAK













Tarikh : 22 November 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Gimnasium Gimnastik Taiping.
Kehadiran : 31 orang atlet (Lelaki - 27 atlet & Wanita 4 atlet)


Latihan : Tiada

Ujian : Kecergasan (Panjang Depa,Tinggi Duduk, Jangkauan Melunjur, Tekan Tubi 1 minit, Bangun Tubi 1 Minit, 10m Ulang-alik dan Lompat Jauh Berdiri)

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

Ulasan : Ujian Kecergasan telah dijalankan pada 22 November 2014 pada jam 9.00 pagi bertempat di Gimnasium Gimnastik Taiping. Ujian kecergasan ini telah dilaksana oleh guru-guru dari Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan dibantu oleh pihak jurulatih.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN GIMNASTIK ARTISTIK

LATIHAN BERSAMA PASUKAN ANGKAT BERAT DAN TINJU PELAPIS SERANTAU





















Tarikh : 21 - 23 November 2014
Tempat : Akademi Serantau MSN, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kehadiran : 1. Angkat Berat - 16 atlet
                     2. Tinju  - 13 atlet

Ulasan :

Program Latihan Bersama Pasukan Angkat Berat dan Tinju Pelapis Serantau MSN, telah berjaya dilaksanakan pada 21 hingga 23 November 2014. Latihan ini banyak membantu atlet-atlet dari segi kemahiran dan teknik-teknik yang lebih baik oleh jurulatih-jurulatih luar negara dan jurulatih tempatan. Jurulatih-jurulatih dari pusat latihan juga banyak mendapat manfaat daripada latihan yang dijalankan di akademi dengan mempelajari dan memperbaiki teknik dan kemahiran atlet-atlet semasa latihan dijalankan. 

Kerjasama yang amat baik juga diterima dari pengurusan asrama Akademi Serantau MSN, Pulau Pinang dan jurulatih di bawah akademi serantau tersebut. Terima kasih diucapkan dengan layanan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan.

Sekian.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN ANGKAT BERAT DAN TINJU