Thursday, August 29, 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Tarikh               : 27 Julai 2013
Masa                : 4.00 Petang
Tempat             : SMK Dato' Haji Hussein,Selama,Perak
Kehadiran         : Jurulatih dan 14 orang atlet
Latihan              : Latihan secara berpasukan dan mengikut regu masing-masing
Pertandingan    : 3 Regu bawah 15 tahun akan dibawa menyertai Karnival
                            Sepak Takraw Kebangsaan UITM 2013
Kecederaan      : Tiada
Ulasan              : 1) Atlet membuat persediaan latihan bagi persediaan 
                               menghadapi kejohanan
                            2) Kehadiran atlet adalah baik dan memberi komitmen
                                semasa latihan.



Laporan disediakan oleh :

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN SEPAK TAKRAW

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN : OLAHRAGA
Tarikh : 28 Ogos 2013
Masa : 5.30 Petang
Tempat : SMJK Hua Lian, Taiping


Hanya 2 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang. Kehadiran tidak begitu baik kerana pada petang tersebut hujan lebat. Walau bagaimanapun, latihan tetap dijalankan oleh jurulatih di dewan terbuka sekolah tersebut. Jurulatih menjalankan latihan persiapan ke Kejohanan Olahraga Terbuka Kinta yang akan diadakan pada 01 September 2013 bertempat di Stadium Perak, Ipoh. Perak.







PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN : GIMNASTIK ARTISTIK
Tarikh : 28 Ogos 2013
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Gimnasium Gimnastik Taiping


Seramai 14 orang atlet hadir mengjalani latihan pada sesi petang di Gimnasium Gimnastik Taiping. Jurulatih memaklumkan hanya menyertai 2 kejohanan sahaja sehingga kini iaitu kejohanan yang dianjurkan di peringkat MSSD dan MSSM sahaja. Beliau juga berharap agar atlet-atlet dapat menyertai kejohanan untuk menilai latihan yang dijalankan dan dapat memberi pendedahan yang lebih kepada atlet-atlet baru.














PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh : 27 Ogos 2013
Masa : 4.00 Petang
Tempat : SMK Sri Kurau, Bagan Serai


Seramai 7 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang di Pusat Latihan SMK Sri Kurau, Bagan Serai. Jurulatih menjalankan latihan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Putrajaya yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Pusat latihan di SMK Sri Kurau, Bagan Serai telah mengalami kebocoran paip di bawah tanah dan mengakibatkan platform latihan mengalami kerosakan di bahagian bawah. Perbincangan dengan Pengetua sekolah tersebut telah diadakan untuk memperbaiki segera kebocoran paip tersebut bagi mengelakkan kerosakan platform yang lebih teruk jika paip tersebut lambat diperbaiki.







Wednesday, August 21, 2013

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT PELAPIS PERAK






LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh : 21 Ogos 2013
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Drygym MSNPk, Ipoh

Atlet menjalani latihan mengikut program latihan yang disediakan oleh jurulatih. Latihan yang dijalankan sebagai persiapan sempena Kejohanan Angkat Berat Putrajaya yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

PEMANTAUAN SUKAN TINJU PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: TINJU
Tarikh: 21 Ogos 2012
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Drygym MSNPk, Ipoh

Kehadiran atlet seramai 6 orang hadir menjalani latihan. Atlet-atlet yang berumur 15 tahun kebanyakkan tidak dapat hadir kerana menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Latihan yang dijalankan oleh jurulatih tertumpu kepada latihan fizikal dan light sparring.







Thursday, August 1, 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN

Tarikh : 25 Julai 2013
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dry Gym MSNPK

Latihan mengikut jadual yang ditetapkan.  Seramai 8 orang atlet hadir menjalani latihan.  Jurulatih memaklumkan kolam renang di MBI tidak boleh diguna kerana pihak MBI perlu membersihkan air di kolam yang akan mengambil dalam 3 hari atau 4 hari.


Sekian.  Terima kasih.


CHING LAI YEE
PPN SUKAN TERJUN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN RENANG

Tarikh : 24 Julai 2013
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Kolam Renang MBI


Latihan seperti jadual yang telah ditetapkan.  Kehadiran atlet memuaskan.  Jurulatih memaklumkan tiada masalah di pusat latihan.


Sekian.  Terima kasih.


CHING LAI YEE
PPN SUKAN RENANG NEGERI PERAK


PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TERJUN

Tarikh : 24 Julai 2013
Masa : 7.00 ptg
Tempat : Kolam Renang MBI

Seramai 6 orang yang hadir menjalani latihan.  Jurulatih memaklumkan masalah 1m Springboard di Kolam Renang MBI perlu diperbaiki secepat mungkin. 


Sekian.  Terima Kasih.


CHING LAI YEE
PPN SUKAN TERJUN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN

Tarikh : 23 Julai 2013
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dry Gym MSNPK

Latihan seperti jadual yang telah ditetapkan.  Seramai 5 orang atlet yang hadir menjalani latihan.  Jurulatih memaklumkan  ada 2 orang atlet yang beragama islam hanya menjalani latihan 2 kali seminggu pada bulan puasa.