Tuesday, October 31, 2017

KEJOHANAN TERTUTUP GIMNASTIK ARTISTIK NEGERI PERAK 2017

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Tarikh : 26 Oktober 2017 ( Khamis )


Tempat : Dewan Gimnastik SK King Edward VII (2),Taiping,Perak.


Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Ptg


Kehadiran peserta  : 73 orang ( 50 lelaki & 23 wanita )



LAPORAN :-


Kejohanan Gimnastik Artistik Tertutup Negeri Perak 2017 ini adalah kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Perak dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak bersama Sekolah Kebangsaan King Edward VII (2),Taiping Perak. Peserta yang hadir adalah dari Pusat Latihan Negeri di Gym Majlis Sukan Negeri Perak di Jalan Tupai,Taiping dan Pusat Latihan Daerah di SK Bagan Pasir,Hilir Perak. Kejohanan ini mempertandingkan 6 acara dan kemenangan ditentukan berdasarkan total mata yang dikumpul,berikut adalah acara yang dipertandingkan :-    

  1. MAG PRE CLASS 1
  2. MAG CLASS 1 
  3. MAG CLASS 2            
  4. MAG 12 TKB                  
  5. WAG LEVEL 1
  6. WAG LEVEL 2

Kejohanan ini adalah penting sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis serta mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak. Atlet Pelapis senior telah mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan. Kejohanan ini juga adalah bertujuan untuk sesi pemilihan atlet ke Karnival Pelapis Siri 2/2017 bertempat di Dewan Gimnastik Sekolah Sukan Malaysia Pahang pada 22 hingga 26 November 2017.




laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


No comments:

Post a Comment