Monday, October 9, 2017

KEJOHANAN WUSHU TERTUTUP NEGERI PERAK SIRI 3/2017

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Tarikh : 23 & 24 September 2017 ( Sabtu & Ahad )


Tempat : Dewan Kompleks Majlis Sukan Negeri Perak


Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Ptg


Kehadiran :-


1. En.Meor Shariman Bin Meor Ahmad Kasri, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak

2. En.Adrin Yeap Wai Kuan,Penolong Pengurus Kanan,Bahagian Sukan dan Rekreasi,UTAR

3. En.Fazrie Bin Che Li, Ketua Unit BPPS,MSN Perak

4. En.Zahrul Anuar Bin Usaili, Ketua Unit USPTN Perak



 

LAPORAN :-


Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Perak Siri 3/2017 ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 163 orang peserta telah menyertai pertandingan pada kali ini iaitu 90 orang atlet lelaki dan 73 orang atlet wanita. Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh pertubuhan serta daerah di Negeri PerakKejohanan ini mempertandingkan 11 acara untuk Taolu dan 2 acara untuk Shanshao iaitu :-


TAOLU

  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
SHANSHAO
  1. Lelaki - ( 56Kg , 60Kg, 65Kg & 70Kg )
  2. Wanita - ( 52Kg, 56Kg, 60Kg & 65Kg )


Kejohanan ini adalah penting sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis serta mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan.Acara Shanshao telah diperkenalkan pada kejohanan ini untuk melihat dari segi kesesuaian dan kelebihan untuk dicadangkan sebagai acara tambahan di SUKMA Perak 2018 nanti.




laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


No comments:

Post a Comment