Thursday, October 5, 2017

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK 2017

Assalamualaikum & salam sejahtera,



Tarikh    :  4 Oktober 2017 ( Rabu )

Masa     :  2.30 Petang hingga 6.00 Petang

Tempat  :  Dewan SJKC Aulong,Taiping.


 

Laporan :-


Telah diadakan satu sesi ujian kecergasan untuk atlet Pelapis Sukan Gimnastik Artistik Negeri Perak. Kehadiran ke sesi ujian kecergasan ini adalah seramai 21 orang atlet lelaki dan 7 orang atlet wanita bersama-sama jurulatih, En.Liu Honglu (JLN) dan En.Jasrizal (JSM). Ujian tersebut dijalankan oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti butiran berikut  :-

 

1. Body Weight

2. Sit & Reach

3. Standing Broad Jump

4. Push Up & Sit up

5. 20 meter sprint

6. Stork balance

 

Selepas ujian dijalankan, dirumuskan bahawa atlet-atlet Pelapis Gimnastik Artistik Negeri Perak mempunyai kecergasan dan tahap keseimbangan yang baik.Semoga dapat dikekalkan dan ditambahbaik.Namun akan dimaklumkan secara terperinci berkaitan kecergasan atlet kepada jurulatih setelah keputusan ujian diterima oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak. 

 

 


Laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment