Monday, October 2, 2017

PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK GIMRAMA

Assalamualaikum & salam sejahtera,



Tarikh   :  30 September 2017 ( Sabtu )

Masa     :  8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi

Tempat  :  Dewan Majlis Sukan Negeri Perak


 

Laporan :-


Telah diadakan satu sesi ujian kecergasan untuk atlet Pelapis Sukan Gimrama Negeri Perak. Kehadiran ke sesi ujian kecergasan ini adalah seramai 18 orang atlet bersama-sama jurulatih, Pn.Michele (JSM). Ujian tersebut dijalankan oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti butiran berikut  :-

 

1. Body Weight

2. Sit & Reach

3. Standing Broad Jump

4. Push Up & Sit up

5. 20 meter sprint

6. Stoke balance

 

Selepas ujian dijalankan, dirumuskan bahawa atlet-atlet Pelapis Gimrama Negeri Perak mempunyai kecergasan dan tahap keseimbangan yang baik.Semoga dapat dikekalkan dan ditambahbaik.Namun akan dimaklumkan secara terperinci berkaitan kecergasan atlet kepada jurulatih setelah keputusan ujian diterima oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak. 

 

 


Laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMNASTIK GIMRAMA

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment