Wednesday, September 7, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN KARNIVAL REMAJA WUSHU TERTUTUP PERAK 2016

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



 

LAPORAN :


Kejohanan Karnival Remaja Wushu Perak 2016 telah dijalankan pada 3 & 4 September 2016 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri Perak. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 196 orang peserta bertanding dalam kejohanan pada kali ini.Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh daerah di Negeri Perak.Kejohanan ini mempertandingkan 11 acara iaitu :-

  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
  11.  SHANSHOY

Kejohanan ini bertujuan sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis dan mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli kesemua acara yang dipertandingkan.



 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment