Thursday, September 29, 2016

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TINJU

Untuk makluman, USPTN Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Tinju yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 28 September 2016

Masa : 11.00pg - 4.30 petang

Tempat : SMK Gerik dan SMK Batu 4, Gerik

Penglibatan : SMK Gerik - 57 pelajar
                  : SMK Batu 4, Gerik - 84 pelajar


Tujuan Program TID ini diadakan untuk mempromosikan Sukan Tinju kepada pelajar-pelajar yang berumur 13 - 15 Tahun dan berminat untuk menceburi Sukan Tinju.  Ini juga merupakan langkah bagi menghidupkan semula Program Sukan Tinju di Daerah Gerik.

Program TID ini telah dikendalikan oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak dan beberapa ujian telah dijalankan.  Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:- 

1.Body Weight
2. Height
3. Push Up
4. Lompat Menegak
5. Jangkauan Melunjur
6. Standing Jump.

Seterusnya Program TID ini diteruskan oleh dengan sesi bersama jurulatih iaitu En. Saifuddin B. Murad dan En. Mohamad Omar B. Mat Nayan dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi.  Para pelajar turut diberi peluang merasai pengalaman "Sparring" buat kali pertama.

Tujuan program ini diadakan ialah bagi mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Perak dan akan dilatih dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman dan bersistematik.

Pihak USPTN Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat bersama dalam menjayakan Program TID kali ini.  Diharapkan program ini mendapat sokongan yang baik dari semua pihak untuk menaikkan nama Negeri Perak seterusnya juga menaikkan nama Negara Malaysia. 


Laporan disediakan oleh :


CHING LAI YEE
PPN SUKAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK.







No comments:

Post a Comment