Wednesday, September 7, 2016

PROGRAM MENGNALPASTI BAKAT SUKAN OLAHRAGA (TID)

Laporan TID Sukan Olahraga

Pada 30 Ogos 2016 satu Program Mengenalpasti Bakat Sukan Olahraga (TID) diadakan di Padang SMK Jalan pasir, Ipoh, Perak.  Seramai 88 orang pelajar menghadiri dalam Program Mengenalpasti Bakat (TID) tersebut.  TID ini dikendalikan oleh Unit TID Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan beberapa jurulatih dibawah Negeri Perak.   TID ini untuk pelajar-pelajar yang berumur dibawah 11 tahun dari Sekolah Rendah di sekitar Ipoh. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:-

1. Lontar Peluru
2. Lontaran ke hadapan
3. Lompat Jauh (9 meter)
4. Lompat Jauh (berdiri)
5. Lompat Menegak
6. Lari berpagar (50m)
7. Lari Pecut (50 meter)

Tujuan program ini diadakan ialah bagi mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Perak dan akan dilatih dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman dengan bersistematik.

Pihak USPTN Perak amat berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak  kerana membenarkan program ini berjalan dengan lancar dan baik.


Sekian. Terima kasih.


Laporan disediakan oleh




CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment