Wednesday, September 7, 2016

KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT SIRI 2/2016

KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT SIRI 2/2016

Tarikh : 26 Hingga 31/8/2016
Tempat : Kompleks Sukan Angkat Berat MSNM,Rompin,Pahang
Kehadiran :
Urusetia - 7 orang
Jurulatih - 7 orang
Atlet - 35 orang


Ulasan:


Negeri Perak telah menghantar 4 orang atlet

iaitu Ros Adibah Bt Jamaludin,Nur Syazwanis Bt Samsul Anuar,Muhamad Nur Ikmal Bin Mohamad Kamal & Mohamad Hasnawi Bin Rosli serta seorang jurulatih (JSM) En.Azmil B. Kamaruddin.Pemilihan atlet adalah berdasarkan rekod kejohanan terbaik yang telah disertai.


26/8/2016

Pendaftaran atlet bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 7.00malam. Program bermula pada pukul 8.30 malam dimana semua peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan Kem oleh En.Khairun Haled Masrom yang merupakan Pengurus Sukan Cawangan Angkat Berat & Kuasa , Majlis Sukan Negara Malaysia dan Pegawai Pembangunan Negeri dari Negeri Sembilan,Negeri Pahang dan Negeri Perak.Aktiviti diteruskan dengan sesi 'Ice Breaking' yang dijalankan oleh Pegawai Pembangunan Negeri.


27/8/2016

- Kem Bakat dimulakan dengan aktiviti Ujian Kecergasan yang dilakukan oleh pihak ISN Satelit dari Negeri Pahang.

- Aktiviti kem diteruskan dengan Sesi Ceramah Motivasi berkenaan "Pemakanan" oleh pihak ISN Satelit dari Negeri Pahang.

- Sesi yang seterusnya ialah Latihan Amali pada sebelah petang iaitu Warm up dan Streching yang di ajar oleh Jurulatih Kebangsaan & Jurulatih Serantau MSNM. Selain itu, atlet diajar berkaitan teknik Power Snatch, Clean and Jerk serta Pulling.

- Pada sebelah malamnye,program diteruskan dengan Sesi Pertama Team Building.


28/8/2016

- Seterusnya,sesi pagi diadakan Basic Exercise. Atlet melakukan Power Clean dan Push Press serta Clean and Jerk. Atlet juga diberikan nasihat dan teknik - teknik yang betul oleh pihak jurulatih.

- Pada sebelah petang, aktiviti kem diteruskan dengan Basic Technique Angkatan. Selain itu dijelaskan berkenaan Classic Snatch dan Front Squat.

- Pada sebelah malamnya, diteruskan dengan Sesi kedua Team Building.


29/8/2016

- Kem diteruskan dengan pemahaman semula berkenaan teknik asas angkatan secara praktikal.

- Pada pukul2.30 petang diadakan sesi bersama ikon Sukan Angkat Berat iaitu En.Amirul Hamizan Ibrahim yang merupakan pemenang Pingat Emas Sukan Komonwel New Delhi 2010.

- Program bersambung pada pukul8.30 mlm dan diadakan sesi ice breaking dengan persembahan "hakka" dari setiap kumpulan.


30/8/2016

- Pada pukul9.00 pagi diadakan sesi mini pertandingan snatch dan Clean&Jerk sehingga petang.

- Pukul8.30 malam akan diadakan sesi rumusan kem bersama urusetia & jurulatih yang terlibat serta majlis penyampaian hadiah kepada atlet yang berjaya pada mini pertandingan yang diadakan.


31/8/2016

- Pergerakan pulang pasukan Pelapis Negeri Perak dari Stesyen Bas Rompin pada pukul10.00 pagi dan tiba di Ipoh pada pukul 7.00 malam.



Sekian, Terima Kasih.


Laporan oleh :


MUHAMMAD FARABI B. ZAINAL EKMAR


PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI


UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

 


No comments:

Post a Comment