Laporan ringkas
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pengetua SMK Gunung Rapat mengadakan Klinik Sukan Olahraga Lari Pecut (Sprinter) pada 29 - 30 Ogos 2016 bertempat di SMK Gunung Rapat. Seramai 57 orang atlet dan 23 orang jurulatih dari Seluruh Negeri Perak. Dalam klinik ini juga para atlet akan berlatih bersama jurulatih Lari Pecut dari Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) iaitu Mohd Poad Bin Mohd Kassim.
Seterusnya klinik ini diteruskan oleh sesi bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti atlet yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti teknik atau posisi badan ketika ujian berkenaan. Selain itu juga, demostrasi dari atlet kebangsaan iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Bin Abdul Manap.
Program ini bertujuan sebagai pendedahan dan langkah awal untuyk meningkatkan lagi tahap kebolehan penguasaan kemahiran atlet dan jurulatih. Peluang ini juga dapat menentukan tahap kesediaan kekuatan mental dan fizikal atlet. Pengalaman ini diharapkan dapat menyediakan para atlet bersaing pada kejohanan-kejohanan pada masa akan datang.
Pihak USPTN Perak amat berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pengetua SMK Gunung Rapat kerana membenarkan klinik ini berjalan dengan lancar dan baik.
Sekian. Terima kasih.
Laporan disediakan oleh
CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment