Tarikh : 29 Oktober 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Gimnasium Gimnastik Taiping
Kehadiran : Pengarah MSN Perak, Timbalan Presiden MGF, PPN & Jurulatih JLN
Sesi perbincangan bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak dan Timbalan Presiden MGF telah diadakan pada 29 Oktober 2014 bertempat di Gimnasium Gimnastik Taiping. Perkara-perkara yang dibincangkan melibatkan cadangan bangunan sedia ada, program latihan melibatkan atlet-atlet terbaik negeri, dan tambahan jurulatih wanita untuk meningkatkan prestasi atlet wanita Negeri Perak.
Disekitar Gimnasium Gimnastik Taiping juga sedang rancak pembinaan bangunan-bangunan perniagaan yang sebelum ini dikelilingi oleh rumah-rumah lama dan padang bola sahaja.
Sekian.
__
SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN GIMNASTIK ARTISTIK
No comments:
Post a Comment