Monday, November 24, 2014

LATIHAN BERSAMA PASUKAN ANGKAT BERAT DAN TINJU PELAPIS SERANTAU





















Tarikh : 21 - 23 November 2014
Tempat : Akademi Serantau MSN, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kehadiran : 1. Angkat Berat - 16 atlet
                     2. Tinju  - 13 atlet

Ulasan :

Program Latihan Bersama Pasukan Angkat Berat dan Tinju Pelapis Serantau MSN, telah berjaya dilaksanakan pada 21 hingga 23 November 2014. Latihan ini banyak membantu atlet-atlet dari segi kemahiran dan teknik-teknik yang lebih baik oleh jurulatih-jurulatih luar negara dan jurulatih tempatan. Jurulatih-jurulatih dari pusat latihan juga banyak mendapat manfaat daripada latihan yang dijalankan di akademi dengan mempelajari dan memperbaiki teknik dan kemahiran atlet-atlet semasa latihan dijalankan. 

Kerjasama yang amat baik juga diterima dari pengurusan asrama Akademi Serantau MSN, Pulau Pinang dan jurulatih di bawah akademi serantau tersebut. Terima kasih diucapkan dengan layanan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan.

Sekian.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN ANGKAT BERAT DAN TINJU

No comments:

Post a Comment