Monday, November 10, 2014

MESYUARAT JKK SEPAKTAKRAW BIL 2/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Tarikh : 31 Oktober 2014 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk
Kehadiran : 7 Orang

Laporan :

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak,Tuan Haji Musa Bin Dun,dan dihadiri oleh Pn.Normala Rashid dari MSNPk,En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak dan dua wakil Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak, En.Mahamad sebagai Bendahari persatuan dan En.Al Tahiran sebagai AJK dan Jurulatih pasukan Sepak Takraw SUKMA 2014 Negeri Perak serta Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,En.Kamaruddin Bin Ghazali.

Mesyuarat JKK Bil 2 bagi sesi 2014 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2014 dan perancangan 2015. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan , JPN dan USPTN.

Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mewujudkan program pembangunan atlet Sepak Takraw wanita dan penganjuran Kejohanan Liga Remaja Tertutup Perak iaitu 2 kali setahun bagi peringkat umur bawah 20 Tahun.


Terima kasih






MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SEPAKTAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment