Sunday, November 9, 2014

KEJOHANAN OLAHRAGA PERAK ALLCOMERS

Persatuan Olahraga Perak (POP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Perak Allcomers pada 9 November 2014 (Ahad) bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Meayuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 8 November 2014 (Sabtu) pada jam 5.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Stadium Perak. Kejohanan ini melibatkan penglibatan sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Kebangsaan, Pasukan Negeri, Persatuan Negeri dan Daerah, Pasukan sekolah-sekolah dan kelab-kelab. Jumlah keseluruhan atlet-atlet adalah seperti berikut :

Atlet Lelaki : 209 orang
Atlet Wanita : 121 orang
Jumlah Keseluruhan : 320 atlet

Diharapkan kejohanan ini dapat membantu semua atlet-atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan memberi pendedahan dan pengalaman kejohanan kepada atlet-atlet yang baru menyertai kejohanan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment