Thursday, November 27, 2014

PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP PERAK 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tarikh         : 20 Hingga 23 November 2014
Tempat       : Gelanggang Skuash,Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh

Laporan      :- 

Kejohanan ini bertujuan mencari pelapis dan bakat baru bagi menambah jumlah atlet pelapis Sukan Skuash di Negeri Perak.Selain itu,kita juga memberi pendedahan tentang permainan Skuash di kalangan murid-murid,ibu bapa dan masyarakat.Kumpulan sasaran yang terlibat dalam pemilihan ini adalah lingkungan umur 10 Tahun hingga 15 Tahun.Terdapat 4 buah sekolah di Ipoh yang terlibat iaitu SK Methodist (ACS), SK Dato' Ahmad Said Tambahan,SK Tarcisian Convent dan SK Marian Convent.Peserta dari luar Ipoh yang menyertai kejohanan ini adalah daripada Universiti Teknologi Petronas dan Lumut.Sebanyak 97 orang peserta telah hadir.




MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SKUASH
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment