Thursday, July 3, 2014

PROGRAM TALENTSPOT SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 7 - 9 Mac 2014

Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg

Tempat : Lapang Sasar Menembak Lahat, Perak

LAPORAN

HARI PERTAMA
Sesi Pendaftaran diadakan pada 7 Mac 2014 jam 9.00 pagi di Lapang Sasar Menembak Lahat, Perak.  Pendaftaran atlet berjalan dengan lancar.  Seramai 112 orang pelajar dari 7 buah sekolah yang terpilih.  Sesi pertama diadakan pada 10.00 pagi.  Jurulatih membuat sesi pemilihan dan beberapa ujian untuk memilih atlet yang berbakat.  Pada jam 2.30 petang mengadakan Klinik Pengenalan Sukan Menembak yang disampaikan oleh En. Alais Bin Neek Sulong (Jurulatih Pistol) dan Cik Nurul Husna Bt. Mohd Raudzi (Jurulatih Rifle).  Sesi seterusnya adalah pada jam 3.30ptg mengadakan sesi memperkenalkan diri oleh para pelajar.  Sekolah yang terpilih adalah seperti dibawah :-

1. SMK St. Bernadette' Convent - 51 orang
2. SMK Sultan Yussuf - 30 orang
3. SMK Kampong Pasir Puteh - 21 orang
4. SMK Lahat - 4 orang
5. SMK Kampong Dato' Ahmad Said - 2 orang
6. SMK Tambun - 2 orang
7. SJK (C) Yuk Kwan - 2 orang

HARI KEDUA
Pada Hari Kedua jurulatih memberi taklimat tentang aspek keselamatan dan teknik-teknik pegang senjata sebelum sesi latihan bermula pada jam 9.00pg - 12.30 tgh.  Sesi seterusnya diadakan pada jam 3.30 petang yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) untuk membuat ujian TID kepada para pelajar.  Sesi berakhir pada hari kedua kedua pada jam 6.00 ptg.

HARI KETIGA
Pada hari terakhir bermula jam 9.00 pg mengadakan pertandingan bagi acara 10m Air Pistol (Lelaki & Wanita) dan 10m Air Rifle (Lelaki & Wanita).  Sesi berakhir pada jam 4.30 ptg. 

Keputusan adalah seperti dibawah:-

Acara 10m Air Pitol Men
1. Muhamad Amiruddin B. Mazlee - 53 mata (SMK Kampong Pasir Puteh)
2. Muhamad Azmi B. Norizan - 51 mata (SMK Kampong Pasir Puteh)
3. Mohamad Haziq Hilmi B. Zaimi - 50 mata (SMK Sultan Yussuf)

Acara 10m Air Pistol Women
1. Nur Shairah Bt. Ibrahim - 50 mata (SMK St. Bernadette's Convent)
2. Nivasiny A/P Sellathuri - 48 mata (SMK St. Bernadette's Convent)
3. Siti Nuraeini Bt. Mohd Khairul Anuar - 43 mata (SMK St. Bernadette's Convent)

Acara 10m Air Rifle Men
1. Muhd Ilham B. Ibrahim - 73 Mata (SMK Kampong Pasir Puteh)
2. Mohamad Jamil B. Ahmad Rizal - 53 Mata (SMK Lahat)
3. Ajmal Firdaus B. Rajudin - 52 Mata (SMK Sultan Yussuf)

Acara 10m Air Rifle Women
1. Nazatul Husna Bt. Nazeri - 57 Mata (SMK Kampong Pasir Puteh)
2. Nur Quratul Aiza - 54 Mata (SMK St. Bernadette's Convent)
3. Mardhiyah Bt. Mohd Nor Junada - 53 mata (SMK St. Bernadette's Convent)

Majlis penyampaian hadiah dan pingat kemenangan disempurnakan oleh Pemangku Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak iaitu En. Zahrul Annuar Bin Usaili.


No comments:

Post a Comment