Pada 12 Julai 2014 yang lalu telah diadakan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun oleh Jurulatih iaitu En. Nor Aznizal B. Najib dan Cik Gracie Junita. Program fasa 2 ini adalah susulan dari Program Fasa 1 yang diadakan di sekolah-sekolah pada 7 - 8 Mei 2014. Sebanyak 3 sekolah yang terlibat semasa program fasa 1 tersebut.
Pada Program Fasa 2, pelajar yang terlibat adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada 3 buah sekolah. Walaupun pemilihan pada fasa 1 adalah seramai 60 orang pelajar namun hanya 37 orang pelajar sahaja yang mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk ke fasa yang kedua ini. 37 orang pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah berikut:-
1. SK. Sri Kinta, Ipoh.
2. SK. Cator Avenue, Ipoh.
3. SJK(C) Yuk Choy, Ipoh.
Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang sanggup menghantar serta menunggu anak-anak mereka sehingga program tersebut selesai. Moga usaha yang kita jalankan ini dapat membuahkan hasil.
Sekian, Terima kasih.
CHING LAI YEE
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment