Thursday, July 3, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XVII PERLIS 2014 (SUKAN TERJUN)

Tarikh : 29 Mei - 1 Jun 2014

Pasukan Terjun Negeri Perak hanya menghantar 2 orang atlet lelaki yang dibawah Program Pelapi untuk menyertai Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVII Perlis 2014 pada 29 Mei - 1 Jun 2014 bertempat di Komples Sukan Negeri Perlis.  Bersama-sama ini disertakan keputusan atlet Negeri Perak seperti dibawah:-

3m Papan Anjal
1. Muhd Syafiq B. Puteh - 328.00 mata - Pingat Perak
2. Kua Chee Yeap - 268.50 mata - Ke-7

Platform Terjun Berirama
1. Muhd Syafiq B. Puteh & Kua Chee Yeap - 303.78 mata - Pingat Emas

1m Papan Anjal
1. Muhd Syafiq B. Puteh - 319.10 mata - Pingat Emas
2. Kua Chee Yeap - 253.20 mata - Ke-5

3m Terjun Berirama
1. Muhd Syafiq B. Puteh & Kua Chee Yeap - 275.10 mata - Pingat Gangsa

Platform
1. Kua Chee Yeap - 250.45 mata - Ke-4

Jumlah keseluruhan Pingat oleh atlet pelapis adalah 2 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih dan atlet-atlet Sukan Terjun Negeri Perak kerana berusaha menunjukkan prestasi yang amat memuaskan dan telah mencapai sasaran dari Majlis Sukan Negeri Perak.  Sekian, terima kasih.



CHING LAI YEE
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment