Thursday, July 3, 2014

KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON TENGAH SIRI 2/2014

Tarikh : 22 - 24 Jun 2014

Tempat : Lapang Sasar Menembak Lahat, Perak

Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Pretasi Tinggi Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Persatuan Menembak Perak telah menganjurkan Kejohanan Pelapis Antara Zon Tengah Siri 2/2014 pada 22 - 24 Jun 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Lahat, Perak.  Kejohanan ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet dibawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Majlis Sukan Negara Malaysia.

Kejohanan ini telagh melibatkan penyertaan seramai 38 orang atlet dari 3 buah negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.  Sebanyak 2 acara yang dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita iaitu :-

1. Acara Air Pistol - Lelaki & Wanita
2. Acara Air Rifle - Lelaki & Wanita

Majlis Penyampaian hadiah dan pingat kemenangan disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mazlan B. Mohamad dan Presiden Persatuan Menembak Perak iaitu Encik Lai Yew Chor.  Semua SDO, jurulatih dan atlet-atlet.

 Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:-

Acara 10m Air Rifle Lelaki
1. Loo Jie Ren (Perak) - 584.6 mata - Emas
2. Muhd Farhan B. Adzha (Perak) - 583.8 mata - Perak
3. Muhd Akhmal B. Mat Zuki (W.P) - 558.4 mata - Gangsa

Acara 10m Air Pistol Lelaki
1. Raja Danish Aiman B. Raja Sallehudin (Selangor) - 490.0 mata - Emas
2. Loh Qi Nam (Perak) - 477.0 mata - Perak
3. Muhd Danial Afif B. Mohd Faridun (Perak) - 474.0 mata - Gangsa

Acara 10m Air Pistol Wanita
1. Allycia Tan Kai Ling (Selangor) - 344 mata - Emas
2. Najihah Bt. Abdul Halim (Perak) - 342 mata - Perak
3. Hanis Hazirah Bt. Mohd Raudzi (Perak) - 339 mata (Gangsa)

Acara 10m Air Rifle Wanita
1. Nur Izazi Bt. Rosli (W.P) - 402.4 mata - Emas
2. Delaila Bt. Iskandar Richard (Selangor) - 388.20 - Perak
3. Nur Zatul Miza Bt. Mohd Zamri (Perak) - 385.50 mata - Gangsa

Pihak USPTN Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri terutamanya kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak dalam menjayakan kejohanan terebut.  Sekian, terima kasih.



CHING LAI YEE
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment