Tarikh : 7 - 8 Mei 2014
LAPORAN
Pada 7 - 8 Mei 2014, USPTN Perak menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan di sekolah-sekolah terpilih. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah rendah untuk dijadikan atlet Pelapis Sukan Terjun pada masa akan datang. Program ini dijalankan seperti tahun-tahun yang sebelumnya sasaran adalah kepada pelajar yang berada di tahun 1. Sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijalankan program tersebut adalah seperti berikut:-
1. SK Sri Kinta - 18 orang pelajar
2. SK Cator Avenue - 16 orang pelajar
3. SJK (C) Yuk Choy - 26 orang pelajar
Pada program kali ini, seorang pegawai dan 2 orang jurulatih di bawah program pelapis dan MSNPK akan ke sekolah-sekolah seperti di atas, dan jurulatih tersebut akan menilai keupayaan serta bakat semulajadi pelajar tersebut. Jurulatih akan memilih pelajar yang memenuhi kriteria seperti yang diingini, pegawai akan mengambil nama pelajar yang dipilih. Selepas pemilihan pegawai akan memberi surat makluman kepada ibubapa serta surat kebenaran daripada ibubapa samada membenarkan ataupun tidak anak mereka menyertai Program Mengenalpasti Bakat (TID) Fasa 2 yang akan diadakan pada 19 Julai 2014 bertempat di Dry Gym Majlis Sukan Negeri Perak.
Diharap program TID ini mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat, Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
CHING LAI YEE
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment