Thursday, November 2, 2017

PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN TINJU

arikh   : 24 Oktober 2017
Masa    : 9.00pg - 1.00 tgh hari
Tempat : SMK Pangkor


Laporan Program :

Program Klinik Pengenalan Sukan Tinju telah diadakan pada 24 Oktober 2017 bertempat di SMK Pangkor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung.  Program ini juga diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Manjung.  Program ini telah berjaya mengumpul serama 92 orang pelajar dari Sekolah SMK Pangkor.

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi taklimat Program yang diberikan oleh KU USPTN Perak, Encik Zahrul Annuar mengenai objektif program ini diadakan dan seterusnya diadakan sesi teori dan pratikal yang diberikan oleh  jurulatih iaitu Encik Ramli Bin Yahaya dan 2 pelatih SUKMA 2018 iaitu Ahmad Adib B. Nasuruddin dan Muhammad Syazwan B. Abd. Rashid.

Program ini dimulai dengan Pengenalan Sukan Tinju dan mengenali jenis-jenis kemahiran asas yang perlu diketahui seperti :-

- Kendudukan Kaki
-  kedudukan Tangan
- Tumbukan Jap
- Tumbukan Straight
- Tumbukan Hock
- Tumbukan Uppercut
- Pertunjukan simulasi perlawanan Tinju

Sesi majlis penutup program ini disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Aznel B. Ibrahim.  Program ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


Laporan disediakan oleh:


CHING LAI YEE
PPN SUKAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment