Tarikh : 26 Oktober 2017
Masa : 9.00pg - 1.00tgh hari
Tempat : SMK Dato' Idris, Pantai Remis
Laporan Program :
Program Klinik Pengenalan Sukan Olahraga telah di adakan pada 26 Oktober 2017 bertempat di SMK Dato' Idris, Pantai Remis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri, Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Program ini juga diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Manjung. Program ini telah berjaya mengumpul serama 100 orang pelajar dari 4 buah sekolah di Daerah Manjung iaitu:-
1) SMK Dato' Idris - 40 orang (Lelak i-15, Wanita - 25)
2) SMK Raja Shahriman - 20 orang (Lelaki - 10, Wanita - 10)
3) SMK Changkat Beruas - 20 orang (Lelaki - 10, Wanita - 10)
4) SMK Pantai Remis - 20 orang (Lelaki - 10, Wanita - 10)
Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi taklimat Program yang diberikan oleh Penyelia Sukan dari Pejabat Pendidikan Daerah mengenai objektif program ini diadakan dan seterusnya diadakan sesi teori dan pratikal yang diberikan oleh 2 orang jurulatih iaitu Encik Kaliaye Selvam A/L Narasiah dan En. K. Jayabalan dan 2 orang atlet aiaitu Jeyalekchumi A/P Kulothungan dan Loganes A/L Thilaganathan.
Program ini dimulai dengan Pengenalan Sukan Olahraga dan mengenali jenis-jenis kemahiran asas yang perlu diketahui seperti :-
- Warm Up
- Stretching
- Drills
- 30m Lari Pecut
- 60m Lari Pecut
- Cooling Down
Sesi majlis penutup program ini disempurnakan oleh Y.B. Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak. Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
Laporan disediakan oleh:
CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment