Monday, August 14, 2017

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN ANGKAT BERAT DAN BERBASIKAL

Assalamualaikum & Salam sejahtera


Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu)

Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat : SMK Ulu Kinta,Ipoh

Jumlah Peserta : 58 L & 22 W ( 80 Orang )

Laporan :

Sempena Program Pemukiman Daerah Perak Tengah,Majlis Sukan Negeri Perak melalui unit USPTN Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan  Ulu Kinta,Ipoh untuk mengadakan program pencarian bakat baru sukan (TID). Berikut adalah tentetif program yang telah dijalankan :-

9.30 Pagi : Taklimat Program Pelapis oleh En.Muhammad Farabi ( PPN USPTN Perak )
9.45 Pagi : Pengenalan sukan  & demonstrasi sukan oleh jurulatih :-
  1. En.Amir (Sukan Angkat Berat)
  2. En.Ikhwan (Sukan Angkat Berat)
  3. En.Hishamuddin (Sukan Berbasikal)
  4. En.Azwan (Sukan Berbasikal)
10.30 Pagi : Ujian TID oleh Bahagian Sains Sukan MSN Perak, En.Haizan dan En.Reza bersama 3 orang pelajar praktikal.

Ujian yang dijalankan :-
  • Body Weight
  • Height
  • Sit & Reach
  • Sit Up & Push Up
  • Medicine Ball
  • Standing Broad Jump

Setelah kiraan markah ujian dibuat,pelajar yang terpilih akan dimaklumkan melalui surat kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran dan makluman berkenaan keputusan pemilihan.Para pelajar yang terpilih akan diminta untuk menghadirkan diri di pusat latihan dalam tempoh yang terdekat bagi sesi taklimat program dan latihan.






Laporan oleh :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT DAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment