Monday, May 23, 2016

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN ANGKAT BERAT,MEMANAH DAN BADMINTON 2016

Tarikh : 19 Mei 2016

 

Laporan :-


Pada 19 Mei 2016 USPTN Perak bersama-sama ISN Perak serta dibantu oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat untuk Sukan Angkat Berat,Memanah dan Badminton di Sekolah Kebangsaan Wawasan,Parit Buntar,Perak.Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program ini.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah untuk dijadikan atlet Program Bakat Sukan Angkat Berat,Memanah dan Badminton pada masa akan datang.Sasaran adalah kepada pelajar yang berumur 12 tahun. 


Pada program kali ini,sesi pertama yang dijalankan adalah pengenalan kepada Program Pelapis dan Program Bakat,seterusnya jurulatih akan memperkenalkan sukan dan menunjukkan demonstrasi sukan.Kemudian sesi terakhir adalah Ujian "General Test" yang dijalankan oleh ISN Negeri Perak dan dibantu oleh Unit Sains Sukan Negeri Perak.Pada masa yang sama jurulatih tersebut akan menilai keupayaan serta bakat semulajadi pelajar.ISN dan Jurulatih akan memilih pelajar yang memenuhi kriteria seperti yang diingini dan akan mengambil nama pelajar yang dipilih.  Selepas pemilihan ini,nama-nama yang terpilih akan diadakan sesi TID kedua oleh pihak ISN Perak di Kompleks MSNPk bagi menjalankan ujian spesifik sukan.Keputusan pada ujian kedua ini yang akan menentukan pelajar yang layak menyertai Program Bakat.







MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment