Friday, May 27, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) IPOH,PERAK

Assalamualaikum,

Berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh pada 22 Mei 2016, perlumbaan kriterium ini terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 700 peserta dari seluruh negara.Bagi menarik lebih banyak penyertaan peminat sukan berbasikal, 10 kategori baru diperkenalkan pada sirkit kedua ini menjadikan keseluruhan 29 kategori, berbanding 19 kategori dipertandingkan pada sirkit pertama di Serdang.

Berbeza dengan siri pertama, perlumbaan kriterium di Ipoh ini lebih membuka peluang kepada jurulatih-jurulatih negeri khususnya dalam mencari pakar pecut.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Musa Bin Dun berterima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memperkenalkan sirkit perlumbaan ini dan memberi sepenuh sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pihak penganjur JCM turut mengadakan Klinik Kejurulatihan di Sekolah Kebangsaan Bandar Parit Buntar, Kerian melibatkan 100 peserta.Klinik ini turut disaksikan oleh Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, Ybhg Datuk Shahrul Yahya.Sesi klinik di kendalikan oleh jurulatih kebangsaan antaranya Graham Seers dan lebih menarik, peserta bertuah ini turut diberi peluang untuk bersama- sama dengan salah seorang pelumba kebangsaan, Loh Sea Keong.

JCM akan diteruskan dengan sirkit ke 3 bakal berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 dan 4 Jun 2016.


Laporan disediakan:

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment