Tuesday, May 3, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN 5TH KFC PERAK OPEN REGATTA 2016

Tarikh : 1 Mei 2016

Tempat : Marina Wing Waterfront, Lumut, Perak.


Persatuan Perahu Layar Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan 5th KFC Perak Open Regatta 2016 pada 29 April - 1 Mei 2016 bertempat di Marina Wing Waterfront, Lumut, Perak.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 29 April 2016 pada jam 9.00 pg di Marina Wing, Lumut. Kejohanan ini melibatkan Pasukan Kebangsaan, Pasukan Negeri-Negeri, Pasukan TLDM. Seramai 137 atlet lelaki dan wanita yang menyertai kejohanan tersebut.

Diharap kejohanan ini dapat membantu semua atlet-atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan memberi pendedahan dan pengalaman kejohanan kepada atlet-atlet yang baru menyertai kejohanan.

Akhir sekali diucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa kejohanan dijalankan terutamanya sekali Persatuan Perahu Layar Negeri Perak,

Laporan disediakan



CHING LAI YEE
PPN SUKAN PELAYARAN NEGERI PERAK


No comments:

Post a Comment