Monday, May 30, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN BERBASIKAL PERAK CENTURY RIDE 2016

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kejohanan Berbasikal Perak Century Ride (PCR) 2016 telah berlangsung pada 29 Mei 2016 dan berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 pelumba termasuk pelumba dari Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.Perlumbaan edisi kedua kali ini adalah sejauh 160 kilometer anjuran Kelab Berbasikal Levelo Cycling Club.

PCR kali ini juga sudah menerima penyertaan pelumba dari negara-negara Asia Tenggara terutama dari Singapura, Thailand dan Filipina juga disertai oleh pelumba dari Eropah iaitu dari Jerman dan Switzerland serta rantau Asia seperti Bahrain dan Iran.PCR 2016 masih mengekalkan laluan yang sama seperti edisi tahun lalu yang bermula dari Meru Raya dan melalui empat daerah lain iaitu Daerah Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kinta Barat.

PCR kali ini lebih menguji ketahanan fizikal dan mental pelumba terutama ketika menempuh laluan pendakian di Bukit Senggang di Kuala Kangsar selepas laluan mendatar dari Meru Raya sehingga ke Sungai Siput.Istimewanya PCR kali ini adalah perebutan gelaran 'Raja Bukit' untuk pelumba pertama yang melepasi cabaran di laluan berbukit menerusi check point.Selepas pendakian di Bukit Senggang, para pelumba bakal memasuki pekan Parit, lebuh raya Ipoh-Lumut seterusnya menamatkan perlumbaan di Meru Raya.Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka, Junior dan Senior Veteran dan Kategori Junior.Penganjuran PCR 2016 turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Perak, Silveryouth, Institut Darul Ridzuan (IDR), Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) dan PCR Management.Terdapat juga pameran dan jualan barangan otomotif, basikal, jersi serta produk-produk Le Tour de Langkawi di Hotel Casuarina@Meru di jual pada 28 dan 29 Mei 2016.Bayaran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM130.00 bagi setiap penyertaan.

Keputusan Atlet PLN Negeri Perak

Kategori Junior Open

1.Tempat pertama : Mohammad Helmi Bin Mohamad Ismail Abdullah

2.Tempat kedua : Nor Fahmie Bin Mohamad Ismail Abdullah

3.Tempat kelima : Muhammad Ishraq Bin Mohzani

4.Tempat keenam : Muhammad Hakimi Bin Nor

5.Tempat kesembilan : Ariff Danial Bin Noor Roseidi

6.Tempat kesepuluh : Muhamad Faiq Irfan Bin Ismail

 

Kategori Men Open                            

 

1.Tempat kesembilan : Muhamad Ikhmar Bin Baharudin




Laporan disediakan:

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK


No comments:

Post a Comment