Wednesday, May 18, 2016

PEMANTAUAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016 (SUKAN OLAHRAGA)


Tarikh : 12-15 Mei 2016

Tempat : Trek Latihan Olahraga MSN, Gong Badak, Kuala Nerus

Pada 12-15 Mei 2016 mengadakan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 (Sukan Olahraga). Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 12 Mei 2016 jam 6.00 petang di Bilik Mesyuarat Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu.

Pasukan Olahraga Perak telah menghantar 20 orang atlet (10 Lelaki & 10 Wanita) dan 2 orang jurulatih menyertai karnival ini.  Keseluruhan Pasukan Olahraga Perak telah memperoleh 3 pingat Gangsa melalui Acara Lompat Tinggi Wanita (14-15 Tahun) Teh Hui Shan dengan lompatan 1.28m, Acara Lompat Tinggi Lelaki (14-15 Tahun) Kuan Jyn Yunn dengan lompatan 1.45m dan Acara 400m Lelaki (14-15 Tahun) Teh Zhi Yang dengan catitan 56.7s.

Kejohanan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet-atlet yang baru menyertai karnival ini.  

Akhir sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih dan atlet di atas kejayaan.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:




CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA NEGERI PERAK



No comments:

Post a Comment