Monday, March 7, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN ANGKAT BERAT BIL1/2016

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


 

Tarikh : 29 Februari 2016 ( Isnin )

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 8 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak,En.Meor Shariman Bin Meor Ahmad Kasri dan dihadiri En.Zahrul Annuar USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak, Cik Raja Syahzuryani Bt Raja Shah Riman ISN Perak,Puan Noorhazlin Bt Saary ISN Perak dan Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Perak En.Francis Lim,AJK Persatuan En.Alfred Lim serta Jurulatih Angkat Berat ( JPM ) En.Muhd Ekhwaan Bin Aziz.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2016 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2016 dan perancangan 2016. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan , JPN dan USPTN.Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan Kursus spesifik sukan bagi menambah bilangan jurulatih untuk Sukan Angkat Berat di Negeri Perak.perancangan ini penting bagi menambah bilangan tenaga jurulatih seterusnya meningkatkan jumlah atlet.Mesyuarat juga membincangkan perancangan SUKMA 2016 dan 2018.

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


No comments:

Post a Comment