Tuesday, March 22, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN PERAK ALL COMERS TAHUN 2016


Tarikh : 19 - 20 Mac 2016

Tempat : Stadium Perak, Ipoh


Persatuan Olahraga Amator Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Perak All Comers Tahun 2016 pada 19 - 20 Mac 2016 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 18 Mac 2016 pada jam 4.00 petang di Bilik Mesyuarat Stadium Perak. Kejohanan ini melibatkan sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Kebangsaan, Pasukan Negeri, Persatuan Negeri dan Daerah, Pasukan Sekolah-sekolah dan Kelab-kelab.  Seramai 750 atlet lelaki dan wanita yang menyertai kejohanan tersebut.

Diharap kejohanan ini dapat membantu semua atlet-atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan memberi pendedahan dan pengalaman kejohanan kepada atlet-atlet yang baru menyertai kejohanan.

Akhir sekali diucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa kejohanan dijalankan terutamanya sekali Persatuan Olahraga Amator Perak,

Laporan disediakan



CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment