TARIKH : 8 FEBRUARI 2014 (SABTU)
LAPORAN
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
KEHADIRAN : 32 ORANG
Satu perjumpaan bersama Pengarah, USPTN dan ibubapa pelatih pelapis tenpin boling telah diadakan pada 8 Feb 2014 di MSNPk. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh KU USPTN Perak, jurulatih USPTN dan SDO.
Dalam perjumpaan tersebut, pihak MSNPk telah memberi penerangan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh semua pelatih. Antara perbincangan tersebut adalah :
1. Disiplin sebagai seorang pelatih merangkumi pelbagai aspek seperti kehadiran, kelakuan, patuh pada arahan dan pemakaian.
2. Etika semasa latihan dan pertandingan.
3. Komitmen sebagai seorang pelatih dan juga komitmen dari keluarga.
4. Jadual waktu latihan telah ditetapkan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 4.00ptg hingga 6.00 ptg. Bagi pelatih yang bersekolah pada waktu petang, latihan akan diadakan pada jam 10.00 pg hingga 12.00 t/hari. Kelas teori pula akan diadakan seminggu 2 kali mengikut kesesuaian masa.
5. Penyertaan pelatih ke kejohanan. Memaklumkan juga pemberian subsidi kekejohanan adalah berdasarkan roll off, kehadiran ke latihan, disiplin dan juga performance semasa.
Di akhir perbincangan, ibubapa turut diberikan perjanjian kepada pelatih sebagai panduan dan peraturan yang perlu pelatih patuhi dan segala tindakan akan diambil berdasarkan apa yang telah dipersetujui.
Sekian, untuk makluman
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK.
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK.
No comments:
Post a Comment