Friday, February 28, 2014

LAWATAN PENGARAH MSN PERAK KE PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR

LAPORAN PEMANTAUAN

TARIKH : 23 Januari 2014 ( Khamis )
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bot House, Pangkalan TLDM,Lumut
KEHADIRAN : 15 orag atlet, 3 orang jurulatih dan Pengarah MSN Perak turut hadir
LATIHAN : Latihan dijalankan pada petang ini seperti biasa.Latihan pada sesi petang bagi atlet yang bersekolah sesi pagi.Bagi atlet yang berasrama, pelepasan hanya diberi beberapa hari sebelum tarikh kejohanan.Latihan agak baik pada hari ini kerana keadaan angin yang cantik dapat atlet berlatih dengan lancar.
UJIAN : Tiada
PERTANDINGAN : Pasukan akan menyertai Kejohanan 11th KFC - Langkawi International Regatta Perdana 2014 pada 13 hingga 16 Februari di PLK Perahu Layar, Langkawi Kedah.Seramai 13 orang atlet akan menyertai kejohanan ini.
KECEDERAAN : Tiada
PERALATAN : Di pusat latihan terdapat beberapa alatan yang kurang.Pihak MSN Perak telah membantu untuk pembelian peralatan tersebut.
PROGRAM BINAAN : Tiada
ULASAN : Lawatan Pengarah MSN Perak di pusat latihan sukan perahu layar bertujuan ingin berjumpa bersama jurulatih dan atlet.Ini merupakan lawatan pertama kali pengarah ke pusat latihan perahu layar.Pasukan perahu layar akan mengadakan latihan pusat Sukma pada 31 Januari hingga 2 Februari ini.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
NOORSALIZA BINTI ABDUL HAMID
PPN SUKAN PERAHU LAYAR
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment