Wednesday, September 27, 2017

PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN SEPAKTAKRAW


TARIKH : 25 September 2017 (Isnin)
MASA : 8.00pg - 1.00ptg
TEMPAT : SMK Kampar
KEHADIRAN :
1. En. Zahrul Annuar Usaili (KU USPTN)
2. Norhayati A.Rahman (PPN USPTN)
3. En. Edy Yusman Manap (Jurulatih SUKMA/PLD)
4. En. Sukree Permsup (Jurulatih SUKMA)
5. En. Shokri (Jurulatih SUKMA)
6. En. En. Khairi (Guru Pengiring)
7. Pelatih SUKMA
8. Pelatih Praktikal UPSI
9. Wakil pegawai jabatan di daerah Kampar
10. 90 orang murid sekolah.


LAPORAN PROGRAM :

Program Klinik Pengenalan Sukan Sepaktakraw telah diadakan pada 25 September 2017 di SMK Kampar dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Kerajaan Negeri Perak. Program ini juga diadakan sempena Program Permukiman MB di daerah Kampar dan Batang Padang. Program ini telah berjaya mengumpul seramai 90 orang murid dari 4 buah sekolah iaitu :

i. SMK Kampar : 36 orang
ii. SMK Sultan Yusoff - 28 orang
iii. SBP Intergrasi Gopeng - 16 orang
iv. SMK Teja - 10 orang

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi taklimat program telah diberikan oleh KU USPTN Perak, En.Zahrul Annuar mengenai objektif program ini diadakan dan seterusnya diadakan sesi teori dan praktikal yang diberikan oleh jurulatih dan pelatih SUKMA.
Program ini dimulai dengan pengenalan sukan sepaktakraw dan mengenali jenis-jenis kemahiran asas yang perlu diketahui seperti :

a. Mengenali jenis sepak seperti sepak sila, kuda, cungkil, badek dan cangkuk
b. Kemahiran membuat servis
c. Kawalan bola
d. Mengenali kemahiran membuat hantaran dan umpanan
e. Mempelajari kemahiran rejaman seperti rejaman gunting, akrobatik/gulung, menanduk dan menapak
f. Kemahiran menghadang

Semua pelatih ini telah dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan diminta untuk melakukan kemahiran asas ini dengan dibantu oleh jurulatih. 

Sesi penutup program ini disempurnakan oleh YB Maslin Sham Bin Razman selaku Ahli Jawatankuasa Belia,, Sukan dan Sumber Manusia merangkap Adun Bukit Chandan dengan di iring oleh Pengetua SMK Kampar, Puan Noranida Bt. Ahmad. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang.


Sekian, terima kasih.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK.


No comments:

Post a Comment