Friday, September 29, 2017

PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN TINJU

Tarikh   : 26 September 2017
Masa    : 9.00pg - 12.30tgh
Tempat : SMK Hamid Khan, Tapah


Laporan Program :

Program Klinik Pengenalan Sukan Tinju telah di adakan pada 26 September 2017 bertempat di SMK Hamid Khan, Tapah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Kerajaan Negeri Perak.  Program ini juga diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kampar / Batang Padang.  Program ini telah berjaya mengumpul serama 76 orang pelajar dari 7 buah sekolah di Daerah Batang Padang iaitu:-

1) SMK Tapah - 8 orang
2) SMK Air Kuning - 8 orang
3) SM Agama Daerah Batang Padang - 8 orang
4) SMK Sri Tapah - 8 orang
5) SMK Hamid Khan - 28 orang
6) SMK Buyong Adil - 8 orang
7) SMK Bidor - 8 orang

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi taklimat Program yang diberikan oleh KU USPTN Perak, Encik Zahrul Annuar mengenai objektif program ini diadakan dan seterusnya diadakan sesi teori dan pratikal yang diberikan oleh 2 orang jurulatih iaitu Encik Saifuddin Bin Murad dan En. Md. Nizaruddin Bin Md Sani dan  2 pelatih SUKMA 2018 aiaitu Ahmad Adib B. Nasuruddin dan Muhammad Syazwan B. Abd. Rashid.

Program ini dimulai dengan Pengenalan Sukan Tinju dan mengenali jenis-jenis kemahiran asas yang perlu diketahui seperti :-

- Kendudukan Kaki
-  kedudukan Tangan
- Tumbukan Jap
- Tumbukan Straight
- Tumbukan Hock
- Tumbukan Uppercut
- Pertunjukan simulasi perlawanan Tinju

Sesi majlis penutup program ini disempurnakan oleh Y.B. Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak.  Program ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


Laporan disediakan oleh:


CHING LAI YEE
PPN SUKAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

 

No comments:

Post a Comment